Tuesday, 8 November 2016

Sabar itu subur

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin

Alhamdulillah, rezeki Allah kali ini membenarkan pertukaran suami saya berjaya. Setelah beberapa kali cubaan okay. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali. Huhu

Allah bagi pada masa yang paling tepat
Tak cepat tak lambat walau sesaat
He knows best
Terima kasih Allah

Lama dah tak menaip kat blog. Bukan terlupa, tapi tak sempat. Banyak berkongsi di Facebook sebab tak sempat nak singgah sini. Rindu sangat nak blog macam dulu. InshaAllah lepas ni saya nak aktif balik blog macam dulu-dulu.

Saya tak pasti ada ke orang follow cerita kami ini. Tapi tak kisahlah ada orang follow atau tidak. Yang penting kenangan terindah yang sempat saya catatkan kat sini.

Semoga perpindahan ini, Allah izinkan kami merasa dan menikmati hidup sekeluarga (kami tak pernah rasa sebelum ini) dengan aman dan damai. Moga Allah sentiasa juga lindungi dan berkati hidup kami yang sementara di dunia ini. 

Nanti saya cerita lagi ya.


Tuesday, 26 January 2016

Selamat ulang tahun kelahiran pertama anak daraku

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin


Untuk anak daraku, Nailah Al Farafishah ❤

Beli kat pasar malam pun cantik je kan dik. Bunyi coit-coit lagi. Tu yang penting :)
Teruskan melangkah ye dik.  Jatuh bangun sendiri. hehehe

26012015 merupakan tarikh keramat saya selamat melahirkan anak kedua saya di Hospital Serdang. 

Happy One Year Young dear solehah dan manja daughter, Nur Nailah Al Farafishah ❤

Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang membahagiakan Mama Baba Abang & orang-orang sekelilingmu.

May Allah bless you & our family.

Much love,
Mama Baba AbangDin

Tuesday, 5 January 2016

Petua tak nak angin ketika makan makanan yang berangin

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin

Ewah, tajuk tak leh menahan. Hehe. Sebenarnya ada orang bertanyakan kepada saya tak angin ke makan labu? Yup, saya menyusukan bayi saya dan labu juga termasuk dalam makanan yang ibu-ibu menyusu takut sangat nak makan ketika masih menyusu. Petua saya mudah: Cuba dulu. Buat permulaan, jangan lah dalam bahagian besar, cuba dalam kuantiti sedikit dahulu. Kalau kita tak cuba makan, kita tak tahu angin ke tidak. Setiap manusia badan dia tak sama. Ada boleh terima dan ada yang tak boleh terima. Tapi selagi anda takut dan tak cuba, anda tak akan tahu. Petua kedua ialah masukkan halia yang diketuk ke dalam rebusan/masakan labu tu. Haaa... ini juga petua yang saya buat dan ikut sampai sekarang. Halia dah terbukti berjaya keluarkan angin. So, kalau kita masak makanan berangin (keledek ke apa-apa jela yang anda rasa berangin), cuba ketuk dulu sedikit halia yang dipotong (agak-agak 2cm) dan masukkan dalam masakan kita tu.

Selain itu, bagi saya tiada specific food yang boleh saya kategorikan sebagai milk booster ataupun milk killer. Ingat ye ibu-ibu, milk booster kepada seseorang mungkin bukan milk booster bagi kita. Begitu juga sebaliknya. Kita permudahkan, makan makanan berkhasiat dan pelbagaikan, niatkan apa yang kita makan untuk tenaga dan untuk untuk hasilkan susu yang cukup untuk anak kita. InshaAllah Allah akan permudahkan. Tak nak stress-stress dan jadi happy dan positif selalu ye? Jika ada masalah dan perlukan kawan, carilah. Bersembanglah. Kalau nak cerita dengan saya pun okay je, saya suka saya suka. Hehehe :)

Semua saya berkongsi adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Walaupun tak seberapa, ia sangat berharga. Saya laluinya dengan praktikal, bukan sekadar teori. Percayalah, ini ialah apa yang saya buat sepanjang saya menyusu penuh anak saya yang sekarang berusia hampir setahun. Alhamdulillah stok susu cukup untuk anak saya dan Alhamdulillah saya juga punya anak susuan perempuan berusia 7 bulan. Nanti saya cerita lagi ye pasal susu ibu, saya suka sangat topik ni :)

Half way to go through, semoga Allah permudahkan. 

Bekal saya hari ini (6 Jan 2016)

Jangan cepat berputus asa ye ibu-ibu. Penyusuan badan bukan satu kerja yang enteng dan bukan merumit. Ia sedang-sedang aje. Chayok-chayok....kita sama-sama enjayakan penyusuan susu ibu ye?


Breastfeeding is Sunnah. Semoga Allah permudahkan InshaAllah. 

Monday, 4 January 2016

Kisah akhir tahun 2015

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin

31 Disember 2015. 

Penghujung tahun yang sedikit sedih. Cincin pertunangan saya hilang. Walau kecikkkk jer, dia best sebab ada 2 biji batu berlian; kecik & gemok. Melambangkan penyatuan hati 2 jiwa. ewahh



Hanya ini je yang mampu tunang saya beli (masih belajar time tu) dan ia merupakan kenangan terindah pertunangan hampir 2 tahun #frommalaysiatomesirwithlove kami berdua. Bila saya teringat beliau kat Mesir, saya akan tengok berlian gemok. Huhu

Fira pun up la status:
Nurzafirah Mat Zin feeling sad 😔
Cincin

Hari ini, pagi ni, ia muncul selepas hampir 5 hari dia hilang. Kat rak atas meja. 

Huhu

Alhamdulillah rezeki. Masih berjodoh lagi dengan cincin comel ni. 

Alhamdulillah, thank you Allah and those people yang tolong saya carikan. Gelabah sat time tu. Habis surau, karpet & sofa saya angkatkan hehehe

Bekal pertama 2016

Teks:Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin

Selamat pagi sahabat

Selamat tahun baru 2016

Selamat berazam baru dan lebih bersemangat semuanya

Semoga dipermudahkan urusan kita seharian 

Bless day ahead InshaAllah :)


Bekal pertama saya di tahun 2016. Saya masak sendiri ye. Simple jer but InshaAllah Allah bagi sedap. hehe (puji diri sendiri). Lauk yang sama juga untuk orang kat rumah saya makan

Walau Allah belum beri kesempatan untuk saya hidup sekeluarga suami isteri, Allah titipkan kesempatan untuk saya berbakti kepada harta dunia akhirat saya (Mak & Ayah). Allah bagi nikmat kat saya, bagi Mak Ayah saya duduk dengan saya. Allah bagi peluang untuk saya tengok, tenung dan cium pipi serta tangan Mak Ayah saya sebelum keluar rumah. Saya masih boleh rasa hangat serta lembutnya tangan dan pipi mereka walaupun sudah mulai berkedut dimamah usia.

Saya belajar masak sendiri untuk Mak Ayah dan anak-anak saya makan. Saya boleh rasa dan makan air tangan Mak saya masak tanpa perlu balik kampung.

Orang lain?
Nikmat apa lagi saya nak dustakan. Perancangan Allah itu yang terbaik. ‪#‎kisahkitataksama‬ ‪#‎janganbezakan‬ Allah Maha Tahu masa yang paling tepat untuk KAMI.

Terima kasih Allah atas semuanya.
To Mak Ayah,
thanks for being by my side for all this while. Syurga untuk kalian. Doakan saya jadi anak yang baik dan tidak derhaka.

Wednesday, 4 November 2015

Ba Ba kat mana?

Teks: Nurzafirah Mat Zin

Di keheningan malam, sambil menidurkan anak-anak, kadang-kadang saya rasa macam tak complete. Orang lain suami isteri tidurkan anak-anak, tapi saya... dari dulu selalu sendiri.

Sambil jeling kiri kanan

Kanan Salahuddin
Kiri Nailah
Dua-dua tidur nyenyak celah ketiak saya, 
Tiba-tiba perasaan tak complete tu hilang.

Belajar untuk bersyukur, 
Walaupun suami jauh, InshaAllah beliau selalu di hati saya dan anak-anak.


... Good night Ba Ba
Till we meet again
We ❤ you so much.

Thursday, 22 October 2015

Saya seorang Pembimbing Ibu Menyusu (Peer Counselor)

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

BREASTFEEDING VS. LIVING COST

Sekarang ni agak viral tentang belanjawan bagi orang yang bergaji RM4500.

Saya setuju kerajaan perlu buat sesuatu untuk bantu golongan ni. Tapi kita pun kena la buat sesuatu. Apa yg kita boleh buat? Mungkin kita boleh kurangkan rungutan & cuba lakukan sedikit perubahan. Banyak caranya tapi kuncinya ialah ILMU.

Menyusu bukan sekadar menyelak baju. 

Untuk yang ada/bakal timang cahaya mata, ada 1 cara nak berjimat. Apa kata cuba jayakan penyusuan susu ibu? Anak dapat susu terbaik & boleh jimat kos! 

^Breastfeeding is Sunnah^
Saya suka nak bantu ibu-ibu yang ada masalah dalam penyusuan dan berminat nak fully utilize susu yang Allah dah janjikan untuk setiap anak.  

PM je saya, saya akan & nak bantu TANPA kos. I'll be your good listener InshAllah.

“Apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang bermanfaat serta doa anak – anak yang soleh”

p/s: Kalau suami yang baca, mohon berkongsi dengan isteri masing-masing.

Saya BUKAN jual produk nak tambah susu, saya Pembimbing Ibu Menyusu (Peer Counselor).

Terima kasih.

#pembimbingibumenyusu
#BSIpeercounselor
#sharingiscaring
Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015