Monday, 29 June 2015

Tongue-tie

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Dr. Kotlow

Apa itu tongue-tie?
Tongue-tie (ankyloglossia,) occurs when the frenulum, or piece of tissue which bridges the gap between the underside of the tongue and the floor of the mouth is abnormally short, stopping the tip of the tongue from protruding beyond the lower gum. It varies in degree, from a mild form in which the tongue is bound only by a thin mucous membrane to a severe form in which the tongue is completely fused to the floor of the mouth. Breastfeeding difficulties may arise as a result of the inability to move the tongue in a normal way and therefore attach and suck effectively, causing sore nipples and poor infant weight gain.

Kami agak lambat dalam mengesan Salahuddin  yang mempunyai masalah tongue-tie. Itupun selepas kami berjumpa seorang konsultan laktasi di SusuIbu.com Bangi yang tujuan asal sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan rundingan nasihat tentang masalah yang saya hadapi ketika menyusu anak kedua kami, Nailah. Ketika umur Nailah lima hari, saya dan suami tekad berjumpa Puan Kamariah di SusuIbu.com untuk mendapatkan khidmat nasihat secara terperinci tentang penyusuan bayi. Kegagalan dalam penyusuan penuh untuk anak sulung menjadikan saya begitu bersemangat dan tekad untuk menyusukan anak kedua saya secara sepenuhnya jika diizinkan Allah dan suami. Alhamdulillah suami saya menyokong penuh hasrat saya dan segala persediaan untuk penyusuan penuh telah kami lakukan sebelum saya mengandung lagi. 

Namun, pembacaan teori (buku dan Internet) sahaja tidak cukup bagi saya. Saya perlukan pengetahuan praktikal juga. Oleh sebab itu, pelaburan saya dan suami dalam berjumpa konsultan laktasi adalah tidak sia-sia dan saya rasakan sangat berbaloi. Puan Kamariah mendengar setiap permasalahan saya, menunjuk demonstrasi pelekapan bayi pada aerola dengan cara yang betul dan turut juga melakukan pemeriksaan ringkas terhadap keadaan mulut Nailah ketika dia menyusu. Rupa-rupanya, kesukaran Nailah untuk melekap dengan betul serta berat badan berkurangan (walaupun dia mengempeng hampir setiap masa di awal kelahiran) adalah disebabkan Nailah mempunyai masalah tongue-tie. Masalah ini boleh menggangu proses penyusuan bayi dan boleh menyebabkan luka pada puting ibu (jika tidak dirawat dalam jangka masa yang panjang) jika tidak dirawat segera.


Setelah diperiksa, Nailah disahkan mengalami tongue-tie type II dan Puan Kamariah terus membuat surat rujukan untuk Nailah menjalani prosedur tongue-tie release di sebuah klinik pakar kanak-kanak di Klang. Dan Alhamdulillah, Nailah telah selamat menjalani prosedur ini ketika umurnya sebulan. Tanpa bius, prosedur yang tidak sampai dua saat ini tidak mengeluarkan setitis darah pun mungkin juga disebabkan tisu tali di bawah lidah itu masih lembut. Alhamdulillah sekarang Nailah lebih selesa dalam penyusuan kerana dia boleh melekap penuh pada aerola dan dengan izin Allah, saya berjaya melakukan penyusuan penuh kepadanya sehingga sekarang. 

Berbalik kepada kisah Salahuddin, kami terus teringatkan bentuk lidah Salahuddin ketika dia buka mulut atau menunjukkan lidahnya. Jika kami suruh dia keluarkan lidah, memang akan nampak seakan bentuk v dihujungnya. Sah, Salahuddin juga mengalami masalah yang sama. Dalam kes Salahuddin, dia mungkin mengalami Type 1-Total Tip Involvement. Talinya sangat hujung di bawah lidah. Allahuakbar. Patutlah selepas dilahirkan Salahuddin mengalami kesukaran dalam penyusuan badan. Dia sukar melekap dan meronta menangis-menangis ketika menyusu badan. Saya fikir susu badan saya yang tidak dapat memenuhi kehendaknya, rupanya telahan saya silap. Kami terus merujuk Salahuddin ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Alhamdulillah ujian pendengaran yang dilakukan menunjukkan Salahuddin tidak mempunyai masalah pendengaran, cuma kosa katanya sangat terhad dan pertuturannya masih belum boleh lancar kerana dia tak boleh gerakkan lidahkan secara maksima. Nak sebut sesetengah huruf pun Salahuddin masih tidak boleh sekarang. Anda boleh bayangkan keadaaannya dengan masukkan lidah, jangan keluarkan lidah, jangan gerakkan lidah dan cuba bercakap. Boleh? Sukar dan mungkin juga tak boleh. Begitu juga dengan keadaan Salahuddin sekarang. Pergerakan lidahnya sangat-sangat terhad dan ketat. Allahuakbar.

Maafkan Ummi Baba ye Salahuddin. Ummi Baba tak tahu tentang masalah ini sejak dari dulu. Bila kenang-kenang balik, nak menitis air mata pun ada. Kalaulah kami berjaya kesan masalah ini dari dulu, mungkin Salahuddin berjaya menyusu penuh susu badan selama dua tahun (saya telah campur susu formula sejak awal kelahirannya lagi sebab risau susu tak cukup dan mungkin juga ilmu penyusuan yang cetek). Mungkin juga Salahuddin dah boleh bercakap lancar sekarang. Tapi tak mengapa, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmatnya. Alhamdulillah, Allah dah tunjuk jalan kepada kami, walau lambat dikesan (ketika umur Salahuddin dua tahun), sekurang-kurangnya Ummi dapat menyusu penuh adik Salahuddin kali ini. Ummi Baba tak mahu salahkan takdir. Perjalanan ini Allah yang aturkan dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariNya. Cuma sekarang usaha kami adalah untuk Salahuddin adalah untuk mencari altenatif dan berusaha membantu Salahuddin agar boleh cepat bercakap dan juga lancar (masalah tongue-tie juga boleh mengganggu pertuturan seseorang dan mengakibatkan delayed speech). 

Dan esok, Salahuddin pula akan menjalani prosedur tongue-tie release di  PPUKM  jika tiada aral melintang dan Allah izin. Walaupun ini merupakan prosedur yang mudah (minor), namun bagi kami sebagai ibu bapa yang tidak pernah berhadapan dengan pembedahan anak,  ia tetap satu prosedur yang penting bagi kami.  Faktor usia yang dah besar, menyebabkan pesakit perlu dibius untuk mengelakkan dia meronta-ronta ketika prosedur dijalankan. InshaAllah Salahuddin akan masuk wad jagaan harian (pagi esok) dan akan keluar pada hari yang sama (mungkin petang) setelah prosedur dijalankan.

Untuk mengetahui bagaimana prosedur itu dijalankan boleh rujuk di sini:

Seriau kan tengok? Huhu. Tapi ingat, InshaAllah prosedur ini hanya mengambil masa yang tidak lama untuk potong sedikit tali yang dibawah lidah dan bukannya potong lidah. 

Mohon doa kalian agar pembedahan tongue-tie release pada Salahuddin dipermudahkan serta selamat dilakukan esok hari. Doakan juga Salahuddin boleh cepat bercakap seperti insan lain walaupun awal-awal ini terpaksa menghadiri speech theraphy (terapi pertuturan) di hospital.

Sunday, 28 June 2015

Rakan Niaga Akademi Bisnes Online Paling Mudah

Teks: Nurzafirah Mat Zin

Saya nak berniaga, nak cari pendapatan tambahan bantu suami/keluarga tapi saya tak tahu nak berniaga apa.
 produk apa yang sesuai untuk dijual. saya buntu. mohon bantu saya.

-Puan xxx
Ini adalah contoh soalan yang sering diperoleh daripada umum apabila diajukan cara mereka untuk membantu menambahkan pendapatan sedia ada. Tidak dapat dinafikan, kos sara hidup yang tinggi serta komitmen yang pelbagai kadang-kadang memaksa kita memikirkan alternatif untuk memperoleh sumber pendapatan kedua. Dan sebagai orang bijak, saya rasa tak salah untuk kita merebut peluang yang ada di depan mata dan bergerak maju tanpa menoleh ke belakang lagi. Minat boleh dipupuk, jika masih belum mahir berniaga, jangan risau, ada pihak yang sudi membimbing kita.

Jika kalian salah seorang yang bertanyakan soalan seperti di atas kepada saya, jawapan saya ialah dengan menyertai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah. Rakan Niaga merupakan sebuah bisnes online yang paling mudah untuk dijalankan. Kenapa? Jom kita lihat sedikit apa kelebihannya. 

Jika ada yang mahu memulakan bisnes dengan bermodal yang sangat rendah dan tanpa ada ulangan modal setiap bulan, saya amat mengalu-alukan kalian terutama suri rumah dan suri bekerjaya menyertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sebagai rakan niaga (pengurus online) akademi.

Apa yang menariknya, sebagai rakan niaga, kalian akan diberikan bimbingan dan latihan menggunakan blog dan facebook sebagai medan utama pasaran. Mempromosi produk-produk akademi di blog melalui latihan penulisan di blog masing-masing.  Blog yang dihasilkan juga bukanlah spesifik untuk mempromosi produk akademi sahaja. Rakan niaga akan dianalisa terlebih dahulu sebelum memulakan blog. Blog yang dihasilkan juga adalah melalui kemahiran, minat dan kepakaran masing-masing berdasarkan analisa jawapan yang diberikan.

Produk akademi pula ialah pakej ebook, kelas online dan sewaan tapak iklan (soho directory). Kesemua produk ini atas talian sahaja, tanpa perlu kita menguruskan, mengambil stok dan menghantar barangan melalui pos laju. Produk juga merupakan permintaan sepanjang tahun yang sangat-sangat diperlukan oleh semua orang.

Rakan niaga akademi akan dilatih melalui kelas asas blog bisnes. Kalian juga akan dimasukkan dalam kumpulan belajar khas, yang mana bimbingan dan latihan akan diberikan setiap masa. Juga bahan promosi yang akan diberikan. Yang tinggal, kalian hanya perlu buat sahaja. Dengan istilah mudah tiru dan ikut sahaja apa yang telah diajar.  Konsisten, fokus dan sungguh-sungguh.

Lagi kelebihan rakan niaga, yang lebih penting dan saya kira ini faktor utama bagi mereka yang memilih bisnes yang ingin dilakukan ialah, modal yang perlu dikeluarkan untuk menjadi rakan niaga hanyalah yuran sekali bayar sahaja. Yuran kelas sebagai rakan niaga akademi, dan secara automatik kalian terus akan menjadi alumni akademi bekerja di rumah. Sebagai rakan niaga, kalian layak untuk menjana pendapatan dengan mempromosi ketiga-tiga produk utama ABDR. Komisen akan diberikan kepada yang berjaya membuat jualan.

Rakan niaga akademi ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu memulakan bisnes dengan modal yang sangat minima tanpa pengulangan modal setiap bulan. Juga tanpa perlu bersusah payah meninggalkan anak-anak di rumah untuk menguruskan bisnes ini. Yang penting hanya perlu ada komputer/ laptop / telefon canggih dan talian internet. Kalian juga tidak perlu fikirkan produk apa yang sesuai untuk dijual lagi. Kerana ABDR telah pun menyediakan produk yang sememangnya khusus permintaan sepanjang tahun.


Satu panduan lengkap Rakan Niaga akan diberikan kepada mereka yang mendaftar. Inshaallah saya akan bimbing kalian bagi membina platform untuk mula.

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja. Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
  1. 1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
  2. 2. Logo rasmi SOHOdirectory
  3. 3. Kelas-kelas Online
  4. 4. Pakej Ebook
  5. 5. Ruang Periklanan
  6. 6. Borang Tempahan


Dengan ini anda tidak perlu keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari. Samada secara sepenuh masa atau secara sambilan.

Hubungi saya :
email : nurzafirahmatzin@gmail.com
add saya di facebook : https://www.facebook.com/nurzafirahmatzin

Wednesday, 24 June 2015

Rentetan peristiwa minggu ini

Teks: Nurzafirah Mat Zin

Alhamdulillah, hari ini genap 8 hari umat Islam berpuasa. Minggu ini saya sangat sibuk. Bukan tak rindu dengan blog kesayangan, tapi kekangan masa membuatkan saya tidak sempat untuk menjengah untuk menulis sepatah dua kata dalam entri terbaru. Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan dengan rakan pembaca yang lain. Tapi takpelah, untuk entri kali ini, saya nak tulis rentetan peristiwa yang berlaku dahulu ya. 

Isnin: Menghadiri sesi speech theraphy Salahuddin di Hospital Serdang
Selasa: Pemeriksaan dan pemberian surat pembedahan kecil (release of tongue-tie) Salahuddin di HUKM
Rabu: Pemeriksaan rutin (6 bulan sekali) Salahuddin di Klinik Kesihatan Jenjarom.

Selain urusan pemeriksaan kesihatan anak, saya pun agak sibuk sebenarnya dalam menguruskan urusan kemasukan rumah baru. Alhamdulillah, saya sudah dapat kunci dan telah pergi ke SYABAS Banting untuk menguruskan penyambungan semula air (sebelum ini telah dipotong).

Nanti saya cerita setiap rentetan dengan lebih lanjut ye. 

Tapi, ada ke orang nak baca? hehe



Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadhan 1436H

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin

Pejam celik pejam celik, InshaAllah esok umat Islam akan mula berpuasa menandakan 1 Ramadhan sudah menjelma. Tahun ini InshaAllah saya akan berpuasa ditemani ibu bapa dan juga dua orang anak. Masih, suami tiada lagi di sisi. huhu. Sedih tetap sedih, tapi apakan daya, sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariNya. 

Tapi hati ini sedikit terubat selepas terima kiriman WhatApps dari sang suami tengah hari tadi:


Ingat juga dia pada isterinya yang sedang menyusu penuh pada bayi berumur lima bulan ini. Lepas hantar dia terus telefon saya lepas membaca kiriman tentang bonus raya daripada kerajaan tu. Teruja dan seronoklah tu dapat duit raya. hehe. Untuk mereka yang menyusukan anak,berikut dikongsikan perkongsian daripada Cikgu Susu yang bercakap di TV Al Hijrah tempoh hari.

Monday, 15 June 2015

Projek Elegant Raya Bersama Lunatots

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Lunatots Natural Parenting


Kepada semua vendor-vendor di luar sana, ayuh rebut peluang keemasan ini. Saya jumpa tawaran ini semasa melayari Facebook minggu lepas. Macam-macam idea bernas perniagaan zaman sekarang. Semuanya terpulang kepada kita sama ada mahu atau tidak merebut peluang yang ada.

Saya dah hubungi nombor yang tertera bagi mendapatkan maklumat lanjut pasal projek ini. Sangat menarik tawaran yang Lunatots bagi. Tapi tak menariklah kalau saya kongsikan di sini, tak istimewa la nanti. Anda hubungi mereka sendiri ok? Pasti anda akan teruja dan tidak menyesal. 

Ayuh usahawan, luaskan empayar perniagaanmu. 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan. InshaAllah :)

Haruskah saya berhenti mengharap?

Teks: Nurzafirah Mat Zin

Sudah dua kali permohonan pertukaran suami saya ditolak. Kadang-kadang saya seakan mahu sahaja menyerah kalah dalam perjuangan ini. Tapi baru dua kali, ada yang lapan kali ditolak masih terus mencuba dan mencuba. Kalau kali kedua saya dah mengalah, tak kuatlah saya. Tak tahu erti syukur lah saya.

Walaupun kadang-kadang saya agak negatif, mungkin disebabkan faktor kepenatan dan keletihan kerana berseorangan dalam hampir segala hal, bila saya tengok muka anak-anak, semua keletihan tu pudar.

Ya Allah, bantu aku untuk jadi kuat.

Kurniakan kesihatan yang baik untuk aku, suami, anak-anak, kedua ibu bapa dan semua orang yang aku sayang.

Thursday, 11 June 2015

Penangan jaringan pemasaran yang luas



Saya mula berjinak-jinak dengan baby wearing sejak kelahiran anak saya yang kedua, Nailah. Namun saya tidak sempat membelikannya di awal kelahiran anak saya kerana faktor kekangan masa (anak saya dimasukkan ke wad NICU kerana masalah kuning) dan saya agak kelam kabut dalam pelbagai hal. Namun, pada usianya 3 bulan, saya merasakan pembelian wrap adalah satu pelaburan yang berbaloi serta sangat praktikal kerana ia memudahkan saya untuk menyusukan selain saya yakin bayi saya sangat gemarkannya kerana dia akan selalu dekat dengan dada Umminya. hehe

Namun, menginjak ke usia empat bulan, saya terpikir untuk mencuba soft-structure carrier (SSC) pula. Jadi, bagi memperoleh dana untuk membelikan gadget baru untuk adik, saya cuba mengiklan barangan saya di sebuah kumpulan yang aktif di Facebook (berkaitan dengan babywearing di Malaysia dan mempunyai ahli seramai lebih daripada 27 ribu orang). 


Kurang daripada lima minit iklan saya dipos, saya sudah menerima pertanyaan dari beberapa orang bakal pelanggan tanda berminat. Alhamdulillah ucap hati saya. Walaupun pada mulanya saya kurang yakin bahawa ada orang mahukan produk jualan saya (maklumlah yang otai-otai dalam arena ini ratanya mempunyai gadget yang lebih mahal harganya berbanding saya), Alhamdulillah, rezeki memihak kepada saya. Kurang dari satu jam, 'Boba Printed Wrap' saya berjaya dijual dan pembeli bertuah tersebut terus melakukan bayaran melalui traksasi ATM pada masa itu juga. Saya berjaya close the deal. Alhamdulillah,ini merupakan satu kejayaan besar pada saya yang kadang-kadang agak kurang keyakinan diri dalam bidang perniagaan. 

Dari pengalaman saya sendiri pagi tadi, saya yakin bahawa aktiviti perniagaan akan menjadi lebih mudah sekiranya kita tahu sasaran pelanggan serta mempunyai jaringan pemasaran yang luas. 

Di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR), kita dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online dan wahm. Selain menjadikan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, KELAS ONLINE BLOG ABDR juga ada mengajar peserta untuk menjadikan blog sebagai medium perkongsian, mudah berada di carian Google dan mudah dijejak pembaca.

Jika sebelum ini saya gunakan Facebook sebagai medium pemasaran, saya tidak akan teragak-agak lagi untuk cuba melalukan pengiklanan di blog saya sendiri selepas ini kerana saya yakin saya berada dalam jaringan yang betul. Terima kasih ABDR. 




Buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan

"Sejak saya berhenti kerja, saya dihujani dengan kesusahan yang datang silih berganti. Segala usaha tidak menjadi. Fikiran semakin kusut. Apa sebenarnya yang Allah sedang aturkan? Persoalan yang tiada jawapan ketika itu membuatkan saya semakin cemas dan tiada harapan"

Namun, di sisi Allah kesusahan itu berperanan demi untuk kesenangan saya. Akhirnya saya bertemu jawapan dalam memahami dan menyakini kebenaran janji Allah bahawa sungguh bersama kesusahan ada kesenangan. Itulah yang saya mahu kongsikan" Era Adlina -



 Kisah Benar “Saya seorang Penulis”.
Saya masih ingat pada tahun lepas tatkala Allah ilhamkan saya untuk menulis sebuah buku tentang kisah perjalanan novel hidup saya. Pada mulanya saya kurang faham sehinggalah Allah mencipta situasi sehingga saya benar-benar faham yang Dia mahu saya menulis. 

Hati saya berkata, barangkali kisah hidup serta pengalaman yang saya lalui menjadi asbab untuk orang lain lebih dekat padaNya. Lalu saya mengadu padaNya yang saya tidak pernah menulis sebarang bentuk artikel apatah lagi sebuah buku.

Alhamdulillah tahun yang sama pada bulan Ramadhan Allah rezekikan saya bersama tiga beradik menghadiri kursus penulisan Tuan Fauzul Naim. Yang peliknya kelas itu di hadiri hanya seramai 5 orang termasuk saya. Malah pada bulan ramdhan itu Tuan Fauzul memberikan diskaun untuk menyertai kelas penulisan itu. 

Apabila dia mengatakan dia tergerak hati nak adakan kelas sempena ramadhan dan kerana itu dia teruskan kelas ini walaupun yang daftar tidak ramai. MasyaAllah! Barangkali situasi itu biasa untuk orang lain, tapi peristiwa itu benar-benar menyentuh hati saya.
Hati saya berkata jika kita pernah berdoa dan mohon Allah tunjukkan jalan dan serahkan pada Allah bagaimana saya harus mula menulis. Dialah Allah apabila mengkehendaki sesuatu tidak ada yang mustahil bagiNya.

Apabila saya mula menulis, lalu saya terfikir siapakah penerbit yang sanggup menerbitkan buku sulongku. Siapalah aku…fikir saya…rasa malu sangat2 ketika itu. Selesai solat hajat Allah memberi ilham untuk sms Ustaz Fathuri. MasyaAllah! malam itu ustaz hubungi saya dan meminta saya untuk terus menulis. Sehinggalah apabila manuskrip buku telah siap di tulis. 

Apabila manuskrip sentuhan pertama siap di tulis saya di khabarkan bahawa Ustaz bermusafir 4 bulan ke luar negara. Lalu ada suara yg mengatakan patutkah aku menunggu 4 bulan? 
Lalu saya solat istiarah. saya mimpi saya mengadiri kelas ustaz fathuri. Pagi tu bila buat istiarah Al-Quran. Allah memberi saya ilham melalui petunjuk Al-Quran di mukasurat yang saya buka. 
Antaranya kisah dalam surah Muhammad ayat 30 sehingga 38 itu Allah menceritakan kisah orang yang di ajak untuk berinfak ke jalan Allah. Hati saya percaya ada sesuatu dan pasti ia bersebab bila Allah sampaikan message itu pada saya.

Yang pasti hati saya sungguh berlapang dada dan mengatakan memang Ustaz fathuri lah penerbitnya. Bagi saya bila Allah pilih ustaz Fathuri pasti ia bersebab. Dan jika Allah suka pasti saya pun suka biarpun saya perlu menunggu Ustaz lagi beberapa bulan untuk pulang ke Malaysia. 
Alhamdulillah apabila saya menghubungi ustaz selepas pulang ke Malaysia dan ustaz mengatakan walaupun saya belum baca manuskrip saya, Ustaz kata “hati saya berkata untuk teruskan penerbitan buku sulong ini”. 

Lalu sebaik meletakkan telefon saya segera sujud syukur dan menangis2 tentang kasih sayang Allah yang saya rasakan ini. Kini tatkala manuskrip buku yang terakhir sudah sampai ke tangan Ustaz dan tatkala membaca komen dari Ustaz tentang manuskrip buku saya. MasyaAllah! Sekali lagi saya sujud syukur dan menangis2 atas rasa kasih sayang Allah ini.

Benarlah jika kita benar-benar meletakkan diri kita sebagai hamba Allah dan berdoa “Ya Allah saya serahkan urusan ini kepada-Mu kerana Engkaulah sebaik-baik perancang. 

Tiada daya dan kekuatan kecuali dariMu Ya Allah” dan mengikut formula yang Allah gariskan untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hambaNya sebagaimana yang Allah suka maka Allah pasti tidak akan pernah sia-siakan hajat dan permintaan hambaNya. 

Saya percaya bahawa bersama kesusahan dalam mencapai hajat terkandung rahsia kesenangan yang Allah janjikan. 

Begitulah..SubhanAllah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Era Adlina A. Kadir





Bagi yang ingin mendapatkan buku ini hanya RM25 harga termasuk pos semenanjung
RM30 harga termasuk pos sabah sarawak
Boleh terus isi borang tempahan

Ramai terkesan dengan ilmu (mudahnya menjemput rezeki)


Assalamu'alaikum warah matullah saudara Fathuri Salehuddin, Nama saya ( ) dari Brunei Darussalam. Sebelum ni saya giat mengusahakan bisnes yang bermacam jenis. Tetapi hampir semuanya gagal. Kadang-kadang saya hampir berputus asa kerana rezeki yang 'dicari-cari' sukar untuk sampai.

Dengan petunjuk dan kudrat Allah, beberapa hari lepas, terdetik hati saya untuk menyelak buku karangan saudara Fathuri, MMR yang di jual di sebuah kedai berasal dari Malaysia pada expo di Brunei.

Saya biasanya jarang membeli buku-buku bahasa melayu, tetapi terpegun melihat hasil penulisan yang mudah difahami dan sangat tersusun berbanding buku-buku lain, hari itu juga saya telah membeli buku tersebut. Saya juga menyedari buku itu hanya senaskah sahaja lagi yang tinggal.
Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai membacanya hari ini. Sebelum ni, saya telah banyak membaca buku mengenai cara-cara mencari Rezeki, baik buku dari dalam dan luar negeri.

Antara banyak buku-buku tersebut, buku yang saudara karangkanlah yang benar-benar berhasil menarik isi hati saya untuk terus membaca dan mendalami setiap isi mukasurat, maksud ayat, bahkan setiap perkataan yang terdapat dalam buku itu.

Saya dapat merasakan seolah-olah saudara Fathuri sedang bercakap bersemuka dengan saya dengan hanya melalui pembacaan. Yang paling indahnya, saya dapat merasakan keikhlasan dan ketulusan hati yang saudara Fathuri telah sampaikan kepada saya melalui buku tersebut sehingga membuatkan air mata saya mengalir beberapa kali.

Saya berasa bersyukur kepada Allah s.w.t atas rezeki dapat membeli dan membaca buku karangan saudara Fathuri dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keikhlasan saudara Fathuri menulis dan berkongsi ilmu tersebut kepada saya dan pembaca-pembaca lain.
Dari pembacaan buku tersebut, saya mempelajari erti sebenar bersyukur dan kelebihan bersedekah.
Bila saya menyahut kalimah 'Laailaahailallah' sebanyak 10 kali setelah mengenal erti sebenar kalimah tersebut, hati saya benar-benar berasa sayu, tenang dan seolah-olah bercahaya. Saya tidak pernah merasakannya sebelum ini, saya terus menangis kerana dapat merasakan kudrat Maha Pencipta secara dekat dan tenteram.
Saya terus bertaubat menginsafi kesalahan-kesalahan yang lalu pada masa itu juga. Sejak itu saya dapat rasakan Allah itu sangat sayangkan saya dan sangat dekat. MasyaAllah..Sungguh indah perasaan ini. Sungguh besar kudrat Yang Esa.

Ternyata menjemput rezeki lebih mudah daripada mencarinya. Ini adalah kunci sebenar yang saya cari-cari selama ini! Dengan 'menjemput' rezeki dan bertawakal, saya sudah berasa senang, tenang dan yakin bahawa rezeki yang baik akan tetap datang kepada saya kerana rezeki adalah ketentuan Tuhan.

Sebelum membaca buku ini, saya selalu merasakan seolah-olah diri saya miskin atau serba kekurangan, sekarang saya berasa seperti seorang yang sangat kaya hanya dengan cara merasakan cukup dan syukur atas apa jua rezeki yang saya miliki dan terima pada masa dulu, sekarang dan akan datang. Ini adalah selepas saya mengetahui pengertian rezeki yang sebenarnya bukan hanya membawa makna duit, bahkan kesihatan, masa lapang, ilmu, tenaga dan sebagainya.
Ternyata Tuhan Maha Kaya dan luas pemberiannya.

Saudara Fathuri, apa yang saya benar-benar ingin sampaikan ialah terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu tersebut. Atas keikhlasan saudara Fathuri, saya doakan kebaikan dan kekayaan sebenar untuk saudara. Amin Ya Robbal Alamin
Jika saudara ada sedikit masa, luangkanlah sedikit untuk mendoakan kejayaan dan kebahagiaan saya dan keluarga saya di dunia dan akhirat. Jika ada kesempatan dan petunjukNya jua, mudahan kita dapat bertemu kelak di dunia mahupun di akhirat dalam keadaan yang sangat baik dan berjaya. Amin Ya Robbal Alamin
Saya harap dan doakan agar saudara Fathuri akan dapat terus menyumbangkan lebih banyak ilmu yang bermanfaat lagi dengan melahirkan beberapa buah buku lagi dan yang sebagainya.
Saya akan terus membaca lagi dan memanfaatkan buku MMR tersebut serta mempraktikkannya sebaik yang mungkin.
Terima kasih.
Yang ikhlas,
( )
Brunei Darussalam

*********************************************************************

Bagi yang mahu mendapatkan buku mudahnya menjemput rezeki & buku Allah tempat meminta,
Boleh terus hubungi saya

Mudahnya Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha

Bismillah, alhamdulillah. Alhamdulillah, alhamdulillah.

Meminta dari Allah lebih mudah dari segalanya. Hanya perlu amal sahaja amalan mudahnya menjemput rezeki seperti yang disaran dalam buku MMR. Kisah ini aku kongsi untuk tatapan pembaca, supaya lebih ramai mengamalkannya, supaya kita semua bergantung hidup hanya pada Alla swt, tanpa meminta-minta dan berharap dengan pertolongan manusia.

Sebenarnya, sejak membaca buku MMR, dan mempraktikkan apa yang dibaca sungguh sangat banyak pengalaman yang aku sendiri alami.

Kisah yang aku kongsikan ini berlaku minggu lepas. Satu pagi ketika menghantar anak-anak ke rumah Ma, aku bertanya perkembangan abah setelah makan vitamin yang adik-adik beli. Ma maklumkan abah masih rasa sakit-skit badan dan selera makan masih kurang. Lantas aku terus mencadangakan untuk cuba beberapa makanan tambahan yang lain. Dan aku berjanji dengan Ma untuk membelinya setelah pulang dari kerja.

Dalam membuat persetujuan tersebut, sebenarnya aku pun masih tak pasti nak beli yang mana. Tapi setelah difikirkan aku bercadang untuk ambil dari keluaran syarikat yang sama, dengan vitamin yang abah makan sekarang.

Setelah dikira dengan nilai harga produk tersebut, rupanya aku kekurangan wang untuk membelinya, kerana aku berhajat untuk membeli dua jenis vitamin. Dengan wang yang ada, aku hanya dapat beli satu sahaja. Dalam masa yang sama, aku juga berbincang dengan adik.  Kami bercadang untuk berkongsi pembelian.  Tapi memandangkan adik juga masih belum gaji, lantas aku berikan cadangan beli dahulu satu, kemudian beli pula yang lain pada masa akan datang.

Setelah selesai berbincang, aku terus menunaikan solat dhuha 8 rakaat dan membaca surah Al-Waqiah selepas solat. Sebenarnya, aku juga sedang konsisten cuba menunaikan solat dhuha 8 rakaat. Selesai solat, aku berdoa dan minta dengan sungguh-sungguh pada Allah swt.

"Ya Allah kenapa aku tak mampu nak bantu orang tua aku Ya Allah, duit yang aku ada masih tak cukup untuk membuat pembelian. Ya Allah aku serah kepada Engkau. Kau tolong aku, Ya Allah, aku amat sangat memerlukan duit tersebut untuk membeli keperluan orang tuaku."

Selesai solat seperti biasa aku meneruskan tugasan. Entah macam mana, tidak semena-mena status tentang produk bisnes yang aku letak di facebook akhir tahun lepas naik semula di newfeeds fb. Semakin ramai yang komen bertanya tentang status tersebut.

Aku menjawab pertanyaan mereka seperti biasa. Setelah selesai sesi penerangan dengan beberapa pelanggan, mereka bersetuju terus untuk membuat pembayaran. Ya Allah syukur sangat dengan rezeki ini.
Ya Allah, terimaksih Allah, duit aku jika dikira-kira sudah cukup untuk aku membeli vitamin untuk abah. Ya Allah berkali-kali aku bersyukur, hikmah apa yang Engkau tunjukkan Ya Allah. Sedangkan sebelum ni, sangat ramai yang komen dan bertanya, tapi langsung tiada seorang pun yang membuat pembayaran.

Pada hari tersebut, Kau beri aku rezeki melalui perkongsian itu. Jika difikir secara logik akal sangat mustahil, kerana status tersebut hampir setengah tahun lepas aku letakkan di fb.

Alhamdulillah, alhamdulillah. Seperti dalam Ebook BAD (Bertanya Allah Dulu), tulisan Insyirah Azhar, jangan dibataskan dengan fikiran logik akal, kerana kekuasaan Allah swt sangatlah luas tiada batas dan sempadan.  Walau mustahil pada fikiran dan logik kita, ia tidak mustahil pada Allah swt.

                             *******************************************************

Nota kaki : Sebenarnya saya pernah juga menghantar beberapa kisah mudahnya menjemput rezeki ini ke admin MMR, untuk mereka muatkan dalam buku ATM. Tapi mungkin belum rezeki saya untuk kisah saya tersiar dalam buku ATM ini.

Saya bercadang, kisah-kisah yang saya alami ini saya akan kongsi di sini.  Saya doakan bagi kalian yang membaca blog ini akan dapat manfaatnya dan kita sama-sama mengamalkannya. Insya Allah.

Jika ada yang mahu berkongsi kisah, dan kalian mahu saya letakkan kisah dalam blog ini, boleh hubungi saya ya.

BUKU ATM - Bergantung Kepada Allah

Assalamualaikum,

Bagi mereka yang telah membaca buku “Mudahnya Menjemput Rezeki” tulisan saudara Fathuri Salehuddin, sudah tentunya mahu memiliki buku keduanya iaitu “Allah Tempat Meminta” (ATM). Alhamdulillah, saya juga telah berjaya mengkhatamkan buku ini pada bulan lepas. Buku ini menghimpunkan 40 kisah pengalaman pembaca buku MMR dan artis / penulis yang saya kagumi juga ada menyumbangkan perkongsian pengalaman mereka dalam meminta pertolongan Allah dan meletakkan pergantungan hanya kepada Allah semata-mata.

Jika anda masih belum membaca buku ini, pastikan anda membeli dulu tisu muka kerana saya pasti airmata anda akan mengalir setiapkali terbaca kisah-kisah yang menyentuh hati. Kadang-kadang kisah mereka begitu dekat dengan saya kerana pengalaman kami hampir-hampir sama juga. Yang pasti, buku ini banyak mengajar saya agar sentiasa bersangka baik dengan Allah dan banyakkan bersyukur di atas setiap nikmat yang Allah berikan. Jangan sesekali mengeluh atau membanding-bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain kerana Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita.

Buku ini mengajar kita agar sentiasa bergantung kepada Allah dalam apa jua keadaan dan situasi. Begitu juga dalam soal rezeki, bersangka baik dengan Allah walaupun ketika kita sedang diuji dengan kesempitan wang. Saya kongsikan salah satu kisah dari buku ini yang dihantar oleh abang Nazali Noor yang merupakan seorang penulis buku Ulu Yam Di Liverpool (UYDL), di mana beliau telah mendermakan not terakhir duit yang ada di dalam dompetnya di masjid Penny Lane. Ketika itu abang Nazali dan isteri sedang memerlukan duit untuk membeli tiket kapal terbang bagi keluarga mereka pulang bercuti di Malaysia. Bukan sedikit yang diperlukan kerana keluarga Abang Nazali yang besar paling kurang pun memerlukan sejumlah 5 angka juga untuk tiket dan lain-lain perbelanjaan.

Sesungguhnya Allah yang maha pemberi rezeki dan perancanganNya adalah yang terbaik buat kita. Abang Nazali telah mendapat tajaan lokasi penginapan dan juga duit royalti buku UYDL sebelum balik ke Malaysia. Tengok? Bermulanya derma yang bernilai £20 yang ikhlas, Allah kemudiannya memberi balasan berpuluh-puluh kali ganda terus kepada abang Nazali. Hebat bukan?

Itu hanya satu kisah, bayangkan lagi ada 39 kisah yang pelbagai. Memang tidak pernah jemu untuk membacanya kembali kerana ianya bagaikan satu peringatan buat kita supaya sentiasa bersangka baik dan melakukan kebaikan dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan dari Allah. Saya masih ingat lagi buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) di mana ada dikongsikan cara-cara untuk menjemput rezeki dan saya amalkannya. Masya Allah, dengan kuasa Allah memang tak pernah putus rezeki yang Allah hadirkan dalam hidup saya. Setiap hari ada sahaja tempahan dan pelanggan yang ingin membeli. Apabila rezeki mula bertalu-talu masuk, saya jadi sibuk. Terlalu sibuk sehingga kadang-kadang mula rasa tidak bersyukur atau dalam erti kata lain tamak.

Perkongsian di dalam buku ini memang banyak membuatkan saya sedar bahawa tak semestinya apa yang kita mahukan Allah akan beri dan tak semestinya apa yang kita hajati Allah tidak akan tunaikan cuma faktor masa sahaja yang menentukan. Yang penting, jangan berhenti untuk berusaha kerana Allah mahu menilai apa yang kita telah usahakan selama ini. Adakah secara bersungguh-sungguh atau sambil lewa sahaja?

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini. Boleh beli melalui Puan Anys Idayu Zakaria di sini : Anys Idayu Zakaria. Semoga apa yang saya kongsikan di sini mendapat manfaat buat semua. Insya Allah. Pesanan buat surirumah, jangan berhenti dalam menggali ilmu kerana tanpa ilmu siapalah kita.



Buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan (BKAK)

Buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan (BKAK)
Penulis : Era Adlina A.Kadir
Harga : RM 18 










[ APA KATA PEMBACA pembaca buku BKAK ]
====================================
Masya-Allah! Alhamdulillah! Saya terharu dan tersentuh membaca salah seorang testimoni buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan. Itulah antara sebab kenapa Allah ilhamkan saya untuk menulis buku ini. Terima kasih Allah! kerana memilih hamba-Mu ini untuk melakukan kebaikan-Mu. heart emoticon
Moga perkongsian testimoni di bawah ini menyentuh jiwa. Sama-sama kita hayati. Insya-Allah.
**************************************
“Dah 3 kali khatam buku BKAK”
***************************************

>> Setiap bab buku ini buat mata aku tak henti berair. Allahuakbar! Betapa Allah masih tak henti bagi nikmat dan rezeki walaupun aku banyak merungut tanpa aku sedar! Astargfirullahal a’zim.
>>Dan Bab ke-38 aku sebak ke tahap tak boleh nak teruskan membaca. Aku kalah bila membaca dan ada yang bercerita tentang ibu ayah. Lagi pulak doa ibu tak ada hijab dengan Allah! Terus direct sampai pada DIA. Wahai Allah, pelihara ibu ayah ku dalam perlindunganMu kerana tiada perlindungan sehebat & setandingMu.
>>Haih, nak kongsi apa aku rasa bila baca setiap bab tak terkata sebenarnya. Bila aku baca, seolah-olah aku berdialog dengan diri sendiri. Buku ini macam faham je apa aku rasa.
>>Lepas ni aku kena lagi banyak belajar bersangka baik dengan Allah setiap saat yang berlaku! Lagi banyak kena praktik waimma susah senang yang DIA uji.
>>Dah 3 Kali aku khatam. Sebab? Nak fahamkan diri sendiri. Nak praktik. Nak ubah apa yang perlu. Lillahi Taa’la!
>>Terimakasih kak era! Allah bagi lagi ilham dan ilmu melalui buku ini!

***************************************
Alhamdulillah! sesungguhnya buku ini saya tulis adalah atas kehendak dan izin Allah jualah semua ini terwujud. Saya tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. 

JANJI ALLAH PASTI BENAR! Sesungguhnya bersama kesusahan Ada Kesenangan.



Bagi yang berminat untuk dapatkan buku ini hanya RM25 harga termasuk pos semenanjung
RM30 harga termasuk pos sabah sarawak

Boleh terus isi borang tempahan / atau hubungi saya di nurzafirahmatzin@gmail.com

BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI (MMR)



Isi kandungan MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI (MMR)

Bahagian 1 : Apa Itu Rezeki?
Bab 1 : Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di Mata
Bab 2 : Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
Bab 3 : Ilmu Adalah Rezeki
Bab 4 : Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
Bab 5 : Harta & Rezeki
Bab 6 : Allah sentiasa Membantu
Bab 7 : Hubungan Rezeki dan Iman
Bab 8 : Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak…?
Bab 9 : Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki..?
Bab 10 : Kunci Rezeki

Bahagian 2 : Menjemput Rezeki
Bab 11 : Menjemput VS Mencari
Bab 12 : Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
Bab 13 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
Bab 14 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
Bab 15 : Menjemput Rezeki Dengan Zikir
Bab 16 : Menjemput Rezeki Dengan Doa
Bab 17 : Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
Bab 18 : Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
Bab 19 : Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
Bab 20 : Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna
Bab 21 : Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
Bab 22 : Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha

Bahagian 3 : Cerita Menjemput Rezeki
Bab 23 : Dibalas dalam 24 Jam!!
Bab 24 : Ikhlas RM50, dibalas RM10,000
Bab 25 : "Tolonglah Anak Saya, Ustaz"
Bab 26 : Memberi Tanpa Syarat
Bab 27 : Binatang Tidak Mampu Membalasnya
Bab 28 : Daripada Hina Jadi Mulia
Bab 29 : Berkat Belajar Al-Quran
Bab 30 : Bos Hanyalah Posmen
Bab 31 : Ikhtiar Rohani dengan Surah Yassin
Bab 32 : Sebuah Keajaiban
Bab 33 : Sedekah Si Penarik Beca
Bab 34 : Sedekah sebagai Ubat

Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang ?
Bab 35 : Ciptalah Impian Hari Ini
Bab 36 : Bagaimana Membina Impian yang Seimbang..?
Bab 37 : Ibu, Ibu Apa Khabar..?
Bab 38 : Inilah Impian Kita
Bab 39 : Strategi Ghaib
Bab 40 : Bertaubatlah!!

Buku MMR RM18 + RM7 untuk kos penghantaran
RM25 SEBUAH semenanjung
RM30 sabah sarawak

Untuk tempahan boleh terus isi borang tempahan di sini

ALLAH TEMPAT MEMINTA - BUKU MESTI MILIK


9 Mac 2015.  Semua penumpang sudah masuk ke dalam kapalterbang AK5198 ke Sandakan. Penerbangan dijangka bertolak jam 5.20 petang dan dijadualkan tiba di Sandakan jam 8.30 malam. Dari 5 minit, 10 minit masih tidak terbang lagi. Juruterbang memaklumkan penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana sesuatu sebab. Saya pasrah sahaja. Sejak akhir-akhir ini banyak sangat kes penerbangan yang berlaku samada kapalterbang MAS atau pun Air Asia. Saya memohon kepada Allah agar kami semua selamat tiba ke destinasi kami.



Akhirnya jam 6.00 petang kapalterbang mula meluncur di udara. Keadaan sebelah petang memang sangat berawan dan memang akan dijangka selalu berlaku perlanggaran dengan awan yang tebal. Ini akan menyebabkan kapalterbang terasa bergegar. Bagaimana untuk memanafaatkan masa tiga jam dalam roller coaster yang akan saya lalui ini. Alhamdulillah. Saya teringat ada menyelitkan sebuah buku ke dalam bag tangan masa bersiap tadi. Buku ini telah beberapa hari saya terima tetapi masa saya sangat terhad untuk membacanya. Jadi inilah peluang untuk membaca dengan tenang.

ALLAH TEMPAT MEMINTA (ATM) oleh Fathuri Salehuddin. Itulah tajuk buku yang saya bawa. Terdapat 40 kisah dari pengalaman 40 penulis yang terpilih dimuatkan di dalam buku ini. Sebelum ini saya telah membaca buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI (MMR) dari penulis yang sama. Buku MMR memang cukup hebat dengan pelbagai petua untuk kita menjemput rezeki. Bila buku ATM dikeluarkan oleh penerbit, saya memang tidak sabar-sabar lagi ingin membacanya. Saya memang mengharapkan kandungan buku ini sehebat buku MMR sebelum ini.

Bila buku ATM saya buka dan mula meneliti dari satu lembaran ke satu lembaran, gegaran kapalterbang sudah tidak saya pedulikan lagi. Saya tenggelam dalam kekusyukan menghayati pengalaman penulis-penulis di dalam menghadapi ujian kehidupan.  Kadang-kadang airmata saya berlinang bila kisah yang diceritakan menyentuh hati. Bila sampai kepada kisah ke 09 dengan tajuk Allah Maha Mendengar Doa, saya benar-benar terharu dan menangis tanpa boleh ditahan-tahan lagi. Mujurlah saya seorang sahaja di barisan kerusi yang saya duduki itu. Bagaimana kisah penulis ini, Siti Hawa yang pasrah berdoa kepada Allah disaat dia kesempitan wang dan saat itu pula ibu mertuanya hendak datang bertandang ke rumahnya. Bayangkan macamana dia hendak meraikan tetamu tanpa wang di tangan ketika itu.

Antara doanya "Ya Allah, telah Engkau janjikan selepas kesusahan ada kesenangan. Bukan aku mahu lari dari takdir MU ya Allah. Tetapi biarlah kami saja yang merasa sengsaranya, janganlah orang lain terbabit sama."

" Ya Allah, aku tidak mengerti erti rezeki dari sumber yang tidak diduga".

Setelah berbulan-bulan mereka sengsara kesempitan wang, sekelip mata RM3,000.00 berada di hadapan mata mereka. Keajaiban apakah ini ? Doa nya telah diangkat kerana Allah mahu buktikan kebesarannya.

Untuk tahu kisah selanjutnya sila dapatkan buku ATM ini. Saya juga boleh membantu tuan / puan mendapatkan buku ini dengan segera.

Sampai ke kisah 20 kapalterbang telah sampai ke lapangan terbang Sandakan. 20 kisah lagi akan disambung baca kemudian. InsyaAllah. 

Untuk pembelian juga boleh terus hubungi Pn Rahmah Yaakob

Buku Allah Tempat Meminta - Allah Sayang Kita


Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua pengunjung HanimHilmi,com? Didoakan kalian semua dalam kerahmatan & keberkatanNYA pada hari ini iaitu penghulu segala hari. Jom sama-sama perbanyakkan doa dan membaca surah Al-Kahfi pada hari ini.



Ok, saya baru sahaja membeli buku terbaru dari penulis FATHURI SALEHUDDIN yang menulis buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI(MMR) . Bagi yang belum baca entri saya berkaitan buku tersebut boleh le klik di sini ye..

Alhamdulillah, sejak buku ALLAH TEMPAT MEMINTA (ATM) dikeluarkan 3 kali percubaan untuk beli secara online baru saya dapat kerana habis terjual. Apa yang menarik hati saya untuk beli buku ini adalah perkongsian penulis tentang 40 kisah benar individu yang diduga Allah dengan kesempitan rezeki yang mana akhirnya mendapat pertolongan dari Allah.



Sedikit perkongsian kisah pertama dalam buku ATM ni adalah Allah Maha Pemberi di mana kisah ini berlaku pada September 2014. Hamba Allah ini ditimpa masalah kewangan. Dengan gaji yang telah ditolak hutang-piutang baki yang tinggal hanyalah RM250 sahaja.



Dengan perasaan yang berkecamuk beliau mendirikan solat Zohor dan mencapai Al-Quran. Alhamdulillah tenang seketika diri beliau setelah berdoa memohon pertolongan dariNYA. Doa pertama yang beliau ucap " Terima kasih Ya Allah, kerana di sebalik musibah kewangan, ia mendekatkan saya kembali kepada yang Maha Pencipta". Beliau memohon untuk diberi jalan keluar akan kesulitan yang melanda.

Yang membuat saya merenung sebentar adalah beliau teringat akan pesan ustaz Yuotube ' ....kalau berdoa masa hujan lebat, in shaa Allah, doa dimakbulkan Allah...". Allahumma, biasanya bila hujan lebat kita terfikir '..lebatnya hujan, dah le nak drive balik rumah ni...", "...alahai basah le baju di jemuran..." macam ayat dalam cerita Pendekar bujang Lapuk tu... He...

Balik semula kepada cerita tadi, dengan airmata yang berlinangan beliau terus mengangkat tangan berdoa kepadaNYA. Selepas itu beliau mendirikan solat Dhuha, Solat Hajat, membaca ayat 26 & 27 Surah Ali-Imran dan beliau berserah sepenuhnya kepada Allah.

Pengunjung tahu apa yang berlaku selepas itu????? Beliau terus dapat call dari adik beliau yang mahu bank in duit ke akaun beliau. Selang beberapa hari beliau terima WhatsApp ada orang nak beli kereta lamanya. Baru beliau ingat yang beliau ada bagitau kawan-kawan mahu jual kereta lamanya.

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.... Maha Pemberi Engkau Ya Allah... Hampir berlinang air mata saya membacanya ketika itu sambil mendengar Doa Taubat alunan dari kumpulan nasyid Hijjaz.

Banyak ibrah yang boleh kita perolehi dari kisah inikan... Pertamanya kembalilah kepada Allah yang mencipta kita dan jangan berputus asa dengan dugaan yang Allah berikan kepada kita. Allah turunkan dugaan pada kita bukan Allah benci kita, tapi ALLAH SAYANG KITA  sebenarnya.



Ok, saya memang syorkan pengunjung HanimHilmi.com untuk dapatkan buku ni. banyak pengajaran yang boleh kita dapat dan muhasabah bagi ke arah yang lebih baik... Jumpa lagi semua...

****************************************************************************
Terima kasih pada puan Hanim kerana sudi berkongsi ulasan buku ATM ini.

Bagi yang mahu mendapatkan buku ini,  boleh buat belian terus di sini ya 

Isi Kandungan Buku ATM (Allah Tempat Meminta)

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN I : Apa khabar Iman kita?

Bab 1 : Apa khabar Iman kita?

Bab 2 : Iman & arus elektrik

Bab 3 : Ikan dan air

Bab 4 : Kehidupan sebatang pokok di dalam pasu

Bab 5 : Kisah ayam dan Tuannya

Bab 6 : Kisah Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq

BAHAGIAN 2 : 40 Kisah Benar 

Kisah 1 : Allah Maha Pemberi

Kisah 2 : Allah Yang Melapangkan Rezeki

Kisah 3 : Allah Maha Mengabulkan Doa

Kisah 4 : Allah Maha Pemurah

Kisah 5 : Allah Yang Memelihara

Kisah 6 : Allah Maha Kuasa

Kisah 7 : Allah Maha Pemberi

Kisah 8 : Allah Yang Menemukan Jodoh

Kisah 9 : Allah Yang Mendengar Doa

Kisah 10 : Allah Yang Menyempitkan Rezeki

Kisah 11 : Allah Yang Memberi Kekuatan

Kisah 12 : Allah Maha Penyayang

Kisah 13 : Allah Maha Mengembalikan

Kisah 14 :  Allah Maha Mengetahui

Kisah 15 : Allah Pemberi Kekayaan

Kisah 16 : Allah Maha Kaya

Kisah 17 : Allah Pemberi Kurnia

Kisah 18 : Allah Maha Mengadakan

Kisah 19 : Allah Maha Sabar

Kisah 20 : Allah Pemberi Kehidupan

Kisah 21 : Allah Maha Pemberi Petunjuk

Kisah 22 : Allah Maha Mengasihi

Kisah 23 : Allah Maha Pencimpa Hal Baharu

Kisah 24 : Allah Maha Mampu

Kisah 25 : Allah Maha Pemaaf

Kisah 26 : Allah Maha Penerima Taubat

Kisah 27 : Allah Maha Penyantun

Kisah 28 : Allah Maha Lembut

Kisah 29 : Allah Maha Pemberi Bhaya

Kisah 30 : Allah Maha Menjaga

Kisah 31 : Allah Sumber Segala Kebaikan

Kisah 32 : Allah Maha Merahmati

Kisah 33 : Allah Maha Benar

Kisah 34 : Allah Maha Menghitung

Kisah 35 : Allah Maha Pemberi Cahaya

Kisah 36 : Allah Pemberi Manfaat

Kisah 37 : Allah Beri Rezeki Melalui Solat

Kisah 38 : Allah Bantu Orang yang Membantu saudaranya

Kisah 39 : Allah Pasti Membantu



Kisah 40 : Allah Tempat Meminta

BAHAGIAN 3 : Enam amalan hidup Sejahtera

Amalan 1 : Enam amalan hidup sejahtera

Amalan 2 : Menghafal kalimah "Lailahaillallah Muhammadurrasulullah"

Amalan 3 : Membina hubungan jiwa dan raga dengan Al Quran

Amalan 4 : Berusaha melapangkan masa untuk mengingati Allah

Amalan 5 : Menganggap setiap orang Islam adalah saudara kita

Amalan 6 : Kita beramal dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran

PENUTUP 

6 Amalan Hidup Sejahtera Dalam Buku Allah Tempat Meminta

Entri 7



Assalamualaikum wbt.
Sejujurnya buku Allah Tempat Meminta (ATM) ini sudah lama Kak Tam beli. Tetapi Kak Tam baca lompat-lompat. Tak sempat nak menghayati sepenuhnya.Terasa rugi pula. Niat dalam hati suatu hari nanti Kak Tam akan cari masa dan baca sehelai demi sehelai supaya mesej yang nak disampaikan dapat meresap ke dalam hati dan seterusnya boleh dijadikan pegangan dan amalan harian.

Dan hari ini, Alhamdulillah syukur sangat sebab tercapai juga hajat untuk membaca dan menghayati dari kulit ke kulit. Dalam pada menjaga Baby Eicha yang ditahan di hospital kerana demam campak dan bronkitis, Allah bagi ruang dan masa untuk Kak Tam menghayati buku ATM ini. 
Sesungguhnya tak rugi membeli buku ini. Terutama bagi yang telah memiliki Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR), buku ini adalah kesinambungannya. Kisah-kisah mereka yang telah mengamalkan amalan-amalan menjemput rezeki, telah dikompilasikan dalam buku ini untuk tatapan semua. Yang menarik, kisah pelakon terkenal Lisdawati juga turut tercoret dalam buku ini. Kisah-kisah tersebut ditulis sendiri oleh tuan punya pengalaman. 
Penulisnya, Ustaz Fathuri Salehuddin yang juga merupakan penulis MMR, bersama-sama dengan penulis lain berazam agar setiap jiwa yang pernah memiliki Al-Quran diberi peluang untuk memiliki buku ini. Alhamdulliah. Kak Tam bersyukur kerana termasuk dalam golongan ini.
Daripada 40 kisah yang dicoretkan, setiap satunya mempunyai pengajaran tersendiri yang wajar kita ambil sebagai iktibar dan amalan. Antara kisah yang menarik adalah bagaimana Allah membantu seorang hambaNya yang dalam kesempitan kewangan, tetapi telah memilih untuk mendahulukan tetamu yang bertandang ke rumahnya berbanding keperluan keluarganya sendiri. Kisah-kisah pemberian sedekah yang dibalas berganda-ganda. Kisah bantuan Allah dikala hambaNya benar-benar kesempitan.

Kak Tam kongsikan sedikit ilmu yang Kak Tam dapat dalam setiap kisah yang dicoretkan dalam buku ATM ini.

@ 6 amalan hidup sejahtera. Antaranya adalah amal sebut lailahaillallah muhammadurrasulullah dan fahami maknanya, mengambil berat tentang solat 5 waktu, lapangkan sedikit masa untuk membaca Al-quran setiap hari, sentiasa mengingati Allah, menghormati dan mengasihi saudara sesama Islam dan berpesab-pesan dengan kebenaran.

@ banyakkan amalan bersedekah. Sesungguhnya bersedekah harta yang paling disayangi adalah antara yang terbaik. Satu sedekah dibalas 10 kebaikan.

@ selalu meminta kepada Yang Maha Esa. Dialah Maha Pemberi Nikmat dan Rezeki.

@ Allah tidak meletaķkan sesuatu beban kepada umatnya kecuali ke atas mereka yang mampu menanggungnya. Bersabarlah dan bersolatlah. Ada ganjaran besar yang akab menanti. Sesungguhnya perancangan Allah itu sangat indah.

@ Allah Maha  Pemaaf. Bertaubatlah.

Banyak lagi ilmu yang terkandung dalam buku ATM ini. Bagi yang belum memiliki buku ini boleh dapatkan dari saya dengan harga yang berpatutan. Insyaallah takkan rasa rugi walau sesen pun.

Wednesday, 10 June 2015

Misi menabung saya

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin


Gambar di atas merupakan Tabung Hijau. Ini adalah azam saya untuk cuba menabung duit hijau yakni RM5 sebanyak yang mungkin mulai 12 Mei yang lepas. Duit dalam gambar di atas adalah sehari selepas tarikh saya tekadkan menabung (13 Mei). Ada dalam RM15 selepas sehari ia dilancarkan. Sekarang hampir sebulan Tabung hijau ini dilancarkan dan Alhamdulillah, bilangan kepingan hijau dalam tabung itu semakin bertambah. Jumlah adalah dirahsiakan agar tiada orang nak membodek saya untuk pinjam nanti (hahaha).

Tip yang dikongsi oleh rakan saya yang mengamalkan Tabung hijau ini ialah:
Setiap duit hijau wajib simpan... Siap strategi lagi bagi duit besar supaya dapat baki duit hijau..
Kekadang tukar dengan kawan kalau nmpk dia ada duit hijau
Alhamdulillah 2 bulan dpt 300

Kagum saya dengan beliau. Doakan juga saya ISTIQAMAH dalam membuat tabungan. Saya ada banyak misi nak dilaksanakan ini. Rakan pembaca lain jika ada idea tabungan bernas silalah kongsi dengan saya ye?


Monday, 8 June 2015

Hadiah hari lahir untuk Suamiku

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin

Lokasi kejadian ialah di rumah sewa saya di Selangor. Suami datang ke sini kerana sedang bercuti sekolah.

Kelmarin tanggal 8 Jun, genaplah usia suami saya 30 tahun. Akibat keletihan dan mengantuk yang sangat, saya tidak sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada suami tepat pukul 12 tengah malam (seperti kebiasaan kami akan buat walaupun berjauhan). Saya sudah setkan bahawa tarikh lahir suami dah hampir sampai dari awal bulan Jun lagi, tapi tidak tahu kenapa malam itu ucapannya tak terucap. Nasib baik suami saya tidak sentap. Kalaulah saya yang berada di tempat dia pasti saya akan sentap sesentapnya. Almaklumlah emosi wanita kan selalunya tidak berapa stabil. Hehe. 

Seperti biasa, saya bangun awal pagi untuk solat Subuh dan bersiap-siap ke tempat kerja. Masih lagi tidak memberikan ucapan hari lahir kepada suami, saya sibuk menguruskan itu ini. Ego masih menebal untuk tidak mahu mengaku bahawa saya terlupa untuk ucapkan hari lahirnya (hal yang tidak pernah suami saya lakukan setiap kali hari lahir saya). Namun, bila hampir nak keluar rumah dan ketika bersalam dengannya, ego saya terus berderai. 

"Selamat hari lahir, Sayang,"  sambil saya kucup tangannya. 
Hati suami pun terus cair. (Saya yakin)

Sesampainya di pejabat, saya terus bertanyakan kepada rakan Facebook saya tentang hadiah apa yang sesuai diberikan kepada suami saya sempena hari lahirnya. 

Macam-macam jawapan diberikan rakan Facebook saya. Antaranya:
  • Jam tangan - supaya dia ingat setiap detik dia bersama kita
  • Mug corak khat nama. Anda boleh tempah pada Nor Aini
  • Hantar bunga ke pejabat. Buat kejutan.Tempah dan minta orang hantarkan. Jangan lupa hantar kad luahan hati. Pasti hatinya berbunga-bunga. 
  • Wallet. Macam cantik rekabentuk Bellroy ini. 
Wah, terharu saya apabila kaji selidik yang saya jalankan di Facebook mendapat sambutan dari rakan-rakan. Terima kasih atas cadangan yang diberikan dan saya sangat menghargainya.

Buat pengetahuan semua, sejak kami berkahwin, kami tidak pernah menyambut hari lahir masing-masing bersama-sama (boleh bayangkan tak apa yang cuba saya sampaikan?) Selalunya ketika kejadian berlaku, salah seorang akan berada di kutub utara dan seorang lagi akan berada di kutub selatan (perumpamaan yang boleh saya berikan).

Kronologinya seperti berikut:

Ketika ini suami saya (dahulu tunang) masih belajar di Mesir dan saya di Malaysia. Kawan suami yang kebetulan balik ke Malaysia yang tolong poskan hadiah ini pada saya. 

Ketika ini suami saya sedang menjalani latihan perguruan di Sarawak dan hadiah dibawah dipos suami ke Brunei kerana saya berada di Brunei ketika itu.


2013: 
Suami masih mengajar di Sarawak manakala saya sedang menjaga anak sulung saya yang ketika itu baru lahir (saya tidak bekerja selepas menamatkan ijazah sarjana saya). Suami pulang ke semenanjung sebulan sekali ketika itu. 

2014: 
Mendapat perkhabaran gembira suami saya dapat bertukar dari Muar ke Pulau Pinang.

2015:
8 Jun 2015:
Saya: Sayang nak apa hadiah hari lahir tahun ni?
Suami: Saya tak mahu apa-apa selain Sayang. Tahun ni kita dapat bersama pada hari lahir saya pun bagi saya dah rasa cukup. 

Ok jimat duit saya. Tidak. Saya bawa juga suami ke kedai mamak, belanja makan roti canai telur kuah kambing (atas permintaan suami sebagai hadiah hari jadinya) 

Kadang-kadang saya fikir balik, kehidupan kami suami isteri tak ubah macam drama. Macam-macam saya terima soalan dari orang-orang sekeliling:

Macamana jumpa suami?
Siapa perkenalkan?
Sekarang duduk dengan siapa?
Berapa kali jumpa dalam sebulan?
Tak usaha pindah tempat kerja ke?

Macam-macam lagilah. Ada jawapan yang kami boleh berikan secara tepat. Namun yang lain, hanya Allah yang punya jawapan tepat. Pasangan mana yang tidak mahu hidup bersama dan hanya mereka yang menjalani kehidupan perkahwinan jarak jauh sahaja yang tahu erti sebenar kehidupan ini. Rasa macam nak bukukan sahaja perjalanan hidup kami suami isteri bagi semua orang baca. Terlalu banyak untuk diceritakan. Ada pahit ada manis. Buat ebook pun bagus juga kan? 

Bagi saya dan suami yang menjalani kehidupan perkahwinan jarak jauh, faktor kos yang berganda kekadang menyekat kami berbelanja lebih dalam membeli sesuatu. Kami perlu berjimat dalam setiap perbelanjaan. Tapi kalau ada rezeki lebih, bolehlah kami berbelanja lebih. Selain itu, kekangan masa juga kadang-kadang menjadi batu penghalang. Kalau adapun masa terluang, hanya bertemu sehari atau dua. Bagi kami, hadiah hari lahir yang paling BERBAHAGIA untuk kami ialah kesempatan untuk bersama (secara fizikal bersama anak-anak hidup dalam sebuah keluarga) dan sehingga kini kami masih menantikannya. Mohon rakan-rakan pembaca yang lain doakan kami agar dapat tinggal bersama.

Tip menjalani perkahwinan jarak jauh:
  1. Belajar untuk berkomunikasi dengan betul. Elakkan perselisihan faham.
  2. Belajar menerima kehidupan dan pasangan hidup seadanya. Bersyukur apa adanya.
  3. Belajar untuk bertolak ansur. Mengalahlah untuk menang.
  4. Belajar memaafkan. Tidak sekelumit rugi pun kalau kita yang mulakan kata maaf. 
  5. Belajar untuk hidup gembira dengan mengisi masa terluang dengan perkara-perkara yang kita suka. Beradalah dalam lingkungan kawan-kawan yang positif.

Yang paling utama:

Yakin dengan peraturan dan perancangan Allah. 
Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariNya.

Ada banyak lagi tip lagi yang saya akan kongsikan nanti. Tunggu di entri-entri lain pula ya. 
Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015