Thursday, 11 June 2015

ALLAH TEMPAT MEMINTA - BUKU MESTI MILIK


9 Mac 2015.  Semua penumpang sudah masuk ke dalam kapalterbang AK5198 ke Sandakan. Penerbangan dijangka bertolak jam 5.20 petang dan dijadualkan tiba di Sandakan jam 8.30 malam. Dari 5 minit, 10 minit masih tidak terbang lagi. Juruterbang memaklumkan penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana sesuatu sebab. Saya pasrah sahaja. Sejak akhir-akhir ini banyak sangat kes penerbangan yang berlaku samada kapalterbang MAS atau pun Air Asia. Saya memohon kepada Allah agar kami semua selamat tiba ke destinasi kami.



Akhirnya jam 6.00 petang kapalterbang mula meluncur di udara. Keadaan sebelah petang memang sangat berawan dan memang akan dijangka selalu berlaku perlanggaran dengan awan yang tebal. Ini akan menyebabkan kapalterbang terasa bergegar. Bagaimana untuk memanafaatkan masa tiga jam dalam roller coaster yang akan saya lalui ini. Alhamdulillah. Saya teringat ada menyelitkan sebuah buku ke dalam bag tangan masa bersiap tadi. Buku ini telah beberapa hari saya terima tetapi masa saya sangat terhad untuk membacanya. Jadi inilah peluang untuk membaca dengan tenang.

ALLAH TEMPAT MEMINTA (ATM) oleh Fathuri Salehuddin. Itulah tajuk buku yang saya bawa. Terdapat 40 kisah dari pengalaman 40 penulis yang terpilih dimuatkan di dalam buku ini. Sebelum ini saya telah membaca buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI (MMR) dari penulis yang sama. Buku MMR memang cukup hebat dengan pelbagai petua untuk kita menjemput rezeki. Bila buku ATM dikeluarkan oleh penerbit, saya memang tidak sabar-sabar lagi ingin membacanya. Saya memang mengharapkan kandungan buku ini sehebat buku MMR sebelum ini.

Bila buku ATM saya buka dan mula meneliti dari satu lembaran ke satu lembaran, gegaran kapalterbang sudah tidak saya pedulikan lagi. Saya tenggelam dalam kekusyukan menghayati pengalaman penulis-penulis di dalam menghadapi ujian kehidupan.  Kadang-kadang airmata saya berlinang bila kisah yang diceritakan menyentuh hati. Bila sampai kepada kisah ke 09 dengan tajuk Allah Maha Mendengar Doa, saya benar-benar terharu dan menangis tanpa boleh ditahan-tahan lagi. Mujurlah saya seorang sahaja di barisan kerusi yang saya duduki itu. Bagaimana kisah penulis ini, Siti Hawa yang pasrah berdoa kepada Allah disaat dia kesempitan wang dan saat itu pula ibu mertuanya hendak datang bertandang ke rumahnya. Bayangkan macamana dia hendak meraikan tetamu tanpa wang di tangan ketika itu.

Antara doanya "Ya Allah, telah Engkau janjikan selepas kesusahan ada kesenangan. Bukan aku mahu lari dari takdir MU ya Allah. Tetapi biarlah kami saja yang merasa sengsaranya, janganlah orang lain terbabit sama."

" Ya Allah, aku tidak mengerti erti rezeki dari sumber yang tidak diduga".

Setelah berbulan-bulan mereka sengsara kesempitan wang, sekelip mata RM3,000.00 berada di hadapan mata mereka. Keajaiban apakah ini ? Doa nya telah diangkat kerana Allah mahu buktikan kebesarannya.

Untuk tahu kisah selanjutnya sila dapatkan buku ATM ini. Saya juga boleh membantu tuan / puan mendapatkan buku ini dengan segera.

Sampai ke kisah 20 kapalterbang telah sampai ke lapangan terbang Sandakan. 20 kisah lagi akan disambung baca kemudian. InsyaAllah. 

Untuk pembelian juga boleh terus hubungi Pn Rahmah Yaakob

No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015