Thursday, 4 June 2015

Bengkel Keibubapaan 'I Can Teach My Child to Read'

Entri 4

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin dan Sue Haida

Bercerita tentang ilmu keibubapaan, saya dan suami lebih banyak membaca dan mengaplikasikan pembacaan dalam kehidupan seharian. Faktor kekangan masa dan duduk secara berasingan (perkahwinan jarak jauh) menjadi punca utama mengapa kami sukar melibatkan diri bersama-sama dalam penganjuran seminar ataupun bengkel yang berkaitan keibubapaan. Namun, setelah mempunyai dua orang anak, saya berjanji pada diri saya bahawa untuk menuntut ilmu saya perlu berguru. Hatta dalam mengaji Al-Quran sekalipun kita dituntut untuk berguru agar dapat didengar dan diperbetulkan setiap bacaan kita oleh orang yang lebih arif. Saya cuba akan sedaya upaya mencari solusi jika kekangan menghalang dan mempersiapkan diri dengan perihal kewangan jika diperlukan.

Atas inisiatif saya yang gemar melayari Internet, Alhamdulillah, saya selalu dipertemukan dengan orang-orang yang boleh saya rujuk dalam membantu menambahkan ilmu yang ingin saya cari. Saya terjumpa Facebook Puan Ashikin Hashim ketika saya tercari-cari cara pengajaran kreatif untuk anak-anak saya. Bosan dengan permainan sedia ada yang mudah didapati di pasaraya, saya sangat tertarik dengan pendekatan yang Puan Asyikin gunakan dalam setiap modul bengkelnya.  Tanpa melengahkan masa. saya terus menambah Puan Ashikin ke dalam rangkaian rakan Facebook saya dan terus menghantar pesanan peribadi kepada beliau untuk mengajukan permasalahan yang sedang saya hadapi.


 

Ya, saya tahu bahawa seminar yang dianjurkan tidak menjanjikan seratus peratus jaminan bahawa anak saya boleh bercakap lancar, namun saya yakin ia sedikit sebanyak boleh membantu saya untuk mengetahui kaedah mengajar yang betul dan tidak berputus asa dalam berusaha mendidik anak-anak belajar bercakap dan membaca. Saya juga yakin bahawa Allah pasti akan membantu hambanya yang berusaha. Selain menjalani latihan terapi percakapan di Hospital Serdang pertengahan bulan ini, saya yakin usaha-usaha lain yang dibuat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil.


InshaAllah, saya dan suami (kebetulan cuti sekolah dan suami datang tinggal dengan saya) akan menghadiri bengkel ini bersama-sama pada hari Sabtu, 6 Jun 2015 bertempat di Shah Alam.  Pasti saya akan kongsikan pengisian bengkel ini bersama pembaca-pembaca blog saya sekembalinya kami nanti. 

Dalam pencarian maklumat tentang 'delayed speech', saya juga terjumpa blog kepunyaan Puan Siti Badariah, alumni Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang juga mempunyai permasalahan yang sama pada anak sulungnya. Selain itu, saya sangat teruja ketika mendapati bahawa Puan Ashikin Hashim juga salah seorang alumni ABDR dan pembaca boleh melayari blog Puan Ashikin untuk mendapatkan lebih maklumat tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Hal ini sedikit sebanyak meyakinkan saya bahawa pelaburan saya menyertai ABDR adalah tidak sia-sia. Saya tidak berseorangan dan berada dalam lingkungan kenalan-kenalan yang tepat dan jujur dalam penulisan.

Ingin sertai Akademi Bekerja Di Rumah dan sama-sama berhubung dan belajar penulisan blog yang betul? Hubungi saya di nurzafirahmatzin@gmail.com. InshaAllah saya akan bantu anda. 



No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015