Thursday, 11 June 2015

Buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan

"Sejak saya berhenti kerja, saya dihujani dengan kesusahan yang datang silih berganti. Segala usaha tidak menjadi. Fikiran semakin kusut. Apa sebenarnya yang Allah sedang aturkan? Persoalan yang tiada jawapan ketika itu membuatkan saya semakin cemas dan tiada harapan"

Namun, di sisi Allah kesusahan itu berperanan demi untuk kesenangan saya. Akhirnya saya bertemu jawapan dalam memahami dan menyakini kebenaran janji Allah bahawa sungguh bersama kesusahan ada kesenangan. Itulah yang saya mahu kongsikan" Era Adlina -



 Kisah Benar “Saya seorang Penulis”.
Saya masih ingat pada tahun lepas tatkala Allah ilhamkan saya untuk menulis sebuah buku tentang kisah perjalanan novel hidup saya. Pada mulanya saya kurang faham sehinggalah Allah mencipta situasi sehingga saya benar-benar faham yang Dia mahu saya menulis. 

Hati saya berkata, barangkali kisah hidup serta pengalaman yang saya lalui menjadi asbab untuk orang lain lebih dekat padaNya. Lalu saya mengadu padaNya yang saya tidak pernah menulis sebarang bentuk artikel apatah lagi sebuah buku.

Alhamdulillah tahun yang sama pada bulan Ramadhan Allah rezekikan saya bersama tiga beradik menghadiri kursus penulisan Tuan Fauzul Naim. Yang peliknya kelas itu di hadiri hanya seramai 5 orang termasuk saya. Malah pada bulan ramdhan itu Tuan Fauzul memberikan diskaun untuk menyertai kelas penulisan itu. 

Apabila dia mengatakan dia tergerak hati nak adakan kelas sempena ramadhan dan kerana itu dia teruskan kelas ini walaupun yang daftar tidak ramai. MasyaAllah! Barangkali situasi itu biasa untuk orang lain, tapi peristiwa itu benar-benar menyentuh hati saya.
Hati saya berkata jika kita pernah berdoa dan mohon Allah tunjukkan jalan dan serahkan pada Allah bagaimana saya harus mula menulis. Dialah Allah apabila mengkehendaki sesuatu tidak ada yang mustahil bagiNya.

Apabila saya mula menulis, lalu saya terfikir siapakah penerbit yang sanggup menerbitkan buku sulongku. Siapalah aku…fikir saya…rasa malu sangat2 ketika itu. Selesai solat hajat Allah memberi ilham untuk sms Ustaz Fathuri. MasyaAllah! malam itu ustaz hubungi saya dan meminta saya untuk terus menulis. Sehinggalah apabila manuskrip buku telah siap di tulis. 

Apabila manuskrip sentuhan pertama siap di tulis saya di khabarkan bahawa Ustaz bermusafir 4 bulan ke luar negara. Lalu ada suara yg mengatakan patutkah aku menunggu 4 bulan? 
Lalu saya solat istiarah. saya mimpi saya mengadiri kelas ustaz fathuri. Pagi tu bila buat istiarah Al-Quran. Allah memberi saya ilham melalui petunjuk Al-Quran di mukasurat yang saya buka. 
Antaranya kisah dalam surah Muhammad ayat 30 sehingga 38 itu Allah menceritakan kisah orang yang di ajak untuk berinfak ke jalan Allah. Hati saya percaya ada sesuatu dan pasti ia bersebab bila Allah sampaikan message itu pada saya.

Yang pasti hati saya sungguh berlapang dada dan mengatakan memang Ustaz fathuri lah penerbitnya. Bagi saya bila Allah pilih ustaz Fathuri pasti ia bersebab. Dan jika Allah suka pasti saya pun suka biarpun saya perlu menunggu Ustaz lagi beberapa bulan untuk pulang ke Malaysia. 
Alhamdulillah apabila saya menghubungi ustaz selepas pulang ke Malaysia dan ustaz mengatakan walaupun saya belum baca manuskrip saya, Ustaz kata “hati saya berkata untuk teruskan penerbitan buku sulong ini”. 

Lalu sebaik meletakkan telefon saya segera sujud syukur dan menangis2 tentang kasih sayang Allah yang saya rasakan ini. Kini tatkala manuskrip buku yang terakhir sudah sampai ke tangan Ustaz dan tatkala membaca komen dari Ustaz tentang manuskrip buku saya. MasyaAllah! Sekali lagi saya sujud syukur dan menangis2 atas rasa kasih sayang Allah ini.

Benarlah jika kita benar-benar meletakkan diri kita sebagai hamba Allah dan berdoa “Ya Allah saya serahkan urusan ini kepada-Mu kerana Engkaulah sebaik-baik perancang. 

Tiada daya dan kekuatan kecuali dariMu Ya Allah” dan mengikut formula yang Allah gariskan untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hambaNya sebagaimana yang Allah suka maka Allah pasti tidak akan pernah sia-siakan hajat dan permintaan hambaNya. 

Saya percaya bahawa bersama kesusahan dalam mencapai hajat terkandung rahsia kesenangan yang Allah janjikan. 

Begitulah..SubhanAllah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Era Adlina A. Kadir





Bagi yang ingin mendapatkan buku ini hanya RM25 harga termasuk pos semenanjung
RM30 harga termasuk pos sabah sarawak
Boleh terus isi borang tempahan

No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015