Wednesday, 3 June 2015

Jawatan kosong Penolong Pegawai Penyelidik MARDI

Entri 2

Teks: Nurzafirah Mat Zin 

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Jadual Gaji: RM1,365.00 - RM5,096.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)warganegara Malaysia;

(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)
(i) Sijil yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[Gaji Permulaan: RM1,365.00]

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains; atau
[Gaji Permulaan: RM1,365.00]

(iii) diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau 
[Gaji Permulaan: RM1,665.37]

(iv) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[Gaji Permulaan: RM1,740.57]

(v) Diploma Sains Veterinar/Haiwan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji Permulaan: RM1,815.77]

(vi) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyelidik adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan

(b)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

(c)berumur kurang 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;

(d)berumur kurang dari 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(e)berumur kurang dari 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

* Calon-calon yang berjaya dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27 adalah tertakluk untuk memenuhi syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27 sepanjang tempoh percubaan 1-3 tahun.

Tarikh tutup: 3 Jun 2015. Tapi tadi saya cuba macam masih boleh. Mungkin sampai malam ini agaknya. Kepada sesiapa yang ingin memohon jawatan ini, sila cuba pohon. Mana tahu rezeki anda dan sistem masih aktif, InshaAllah. Namun, jika terlepas tarikh ini, mohon selalu menjenguk laman sesawang Laman sesawang e-Jawatan MARDI dari masa ke semasa untuk iklan jawatan kosong. 


No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015