Monday, 8 June 2015

Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin


Model di atas ialah anak saya, Nur Nailah Al Farafishah yang berusia 4 bulan. Sebenarnya dah lama saya tercari-cari tudung yang sesuai untuk bayi (material cotton yang elok dan tak panas) dan Alhamdulillah, misi saya kali ini sudah berjaya. Pada mulanya, niat saya ialah ingin menjadi agen sahaja, namun saya pada hemat saya, lebih baik saya merasa terlebih dahulu material dengan tangan saya sendiri sebelum menjadi agen mahupun pemborong sesuatu produk. Setelah produk tudung saiz bayi yang dibeli telah diterima, saya lantas menyarungkan tudung itu ke kepala anak saya. Tanpa ditarik-tarik, anak dara saya itu kekal baik sahaja tanda selesa.  Alhamdulillah, saya sangat-sangat berpuas hati dengan material dan rekabentuk tudung ini (terletak kemas di muka anak). 


Ini gambar anak sulung saya ketika berusia 8 bulan. 

Jika dulu saya sangat fanatik dengan jubah kanak-kanak lelaki, serban dan juga kopiah untuk anak saya yang sulung (Mohamad Salahuddin Al Ayubi), kini minat saya makin bertambah (seriring pertambahan anak). Saya makin fanatik dengan tudung dan jubah kanak-kanak perempuan pulak. 

Doa saya, semoga anak-anak saya istiqamah dengan pakaian sunnah dan juga menutup aurat ini.




No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015