Thursday, 11 June 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha

Bismillah, alhamdulillah. Alhamdulillah, alhamdulillah.

Meminta dari Allah lebih mudah dari segalanya. Hanya perlu amal sahaja amalan mudahnya menjemput rezeki seperti yang disaran dalam buku MMR. Kisah ini aku kongsi untuk tatapan pembaca, supaya lebih ramai mengamalkannya, supaya kita semua bergantung hidup hanya pada Alla swt, tanpa meminta-minta dan berharap dengan pertolongan manusia.

Sebenarnya, sejak membaca buku MMR, dan mempraktikkan apa yang dibaca sungguh sangat banyak pengalaman yang aku sendiri alami.

Kisah yang aku kongsikan ini berlaku minggu lepas. Satu pagi ketika menghantar anak-anak ke rumah Ma, aku bertanya perkembangan abah setelah makan vitamin yang adik-adik beli. Ma maklumkan abah masih rasa sakit-skit badan dan selera makan masih kurang. Lantas aku terus mencadangakan untuk cuba beberapa makanan tambahan yang lain. Dan aku berjanji dengan Ma untuk membelinya setelah pulang dari kerja.

Dalam membuat persetujuan tersebut, sebenarnya aku pun masih tak pasti nak beli yang mana. Tapi setelah difikirkan aku bercadang untuk ambil dari keluaran syarikat yang sama, dengan vitamin yang abah makan sekarang.

Setelah dikira dengan nilai harga produk tersebut, rupanya aku kekurangan wang untuk membelinya, kerana aku berhajat untuk membeli dua jenis vitamin. Dengan wang yang ada, aku hanya dapat beli satu sahaja. Dalam masa yang sama, aku juga berbincang dengan adik.  Kami bercadang untuk berkongsi pembelian.  Tapi memandangkan adik juga masih belum gaji, lantas aku berikan cadangan beli dahulu satu, kemudian beli pula yang lain pada masa akan datang.

Setelah selesai berbincang, aku terus menunaikan solat dhuha 8 rakaat dan membaca surah Al-Waqiah selepas solat. Sebenarnya, aku juga sedang konsisten cuba menunaikan solat dhuha 8 rakaat. Selesai solat, aku berdoa dan minta dengan sungguh-sungguh pada Allah swt.

"Ya Allah kenapa aku tak mampu nak bantu orang tua aku Ya Allah, duit yang aku ada masih tak cukup untuk membuat pembelian. Ya Allah aku serah kepada Engkau. Kau tolong aku, Ya Allah, aku amat sangat memerlukan duit tersebut untuk membeli keperluan orang tuaku."

Selesai solat seperti biasa aku meneruskan tugasan. Entah macam mana, tidak semena-mena status tentang produk bisnes yang aku letak di facebook akhir tahun lepas naik semula di newfeeds fb. Semakin ramai yang komen bertanya tentang status tersebut.

Aku menjawab pertanyaan mereka seperti biasa. Setelah selesai sesi penerangan dengan beberapa pelanggan, mereka bersetuju terus untuk membuat pembayaran. Ya Allah syukur sangat dengan rezeki ini.
Ya Allah, terimaksih Allah, duit aku jika dikira-kira sudah cukup untuk aku membeli vitamin untuk abah. Ya Allah berkali-kali aku bersyukur, hikmah apa yang Engkau tunjukkan Ya Allah. Sedangkan sebelum ni, sangat ramai yang komen dan bertanya, tapi langsung tiada seorang pun yang membuat pembayaran.

Pada hari tersebut, Kau beri aku rezeki melalui perkongsian itu. Jika difikir secara logik akal sangat mustahil, kerana status tersebut hampir setengah tahun lepas aku letakkan di fb.

Alhamdulillah, alhamdulillah. Seperti dalam Ebook BAD (Bertanya Allah Dulu), tulisan Insyirah Azhar, jangan dibataskan dengan fikiran logik akal, kerana kekuasaan Allah swt sangatlah luas tiada batas dan sempadan.  Walau mustahil pada fikiran dan logik kita, ia tidak mustahil pada Allah swt.

                             *******************************************************

Nota kaki : Sebenarnya saya pernah juga menghantar beberapa kisah mudahnya menjemput rezeki ini ke admin MMR, untuk mereka muatkan dalam buku ATM. Tapi mungkin belum rezeki saya untuk kisah saya tersiar dalam buku ATM ini.

Saya bercadang, kisah-kisah yang saya alami ini saya akan kongsi di sini.  Saya doakan bagi kalian yang membaca blog ini akan dapat manfaatnya dan kita sama-sama mengamalkannya. Insya Allah.

Jika ada yang mahu berkongsi kisah, dan kalian mahu saya letakkan kisah dalam blog ini, boleh hubungi saya ya.

No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015