Thursday, 11 June 2015

Penangan jaringan pemasaran yang luas



Saya mula berjinak-jinak dengan baby wearing sejak kelahiran anak saya yang kedua, Nailah. Namun saya tidak sempat membelikannya di awal kelahiran anak saya kerana faktor kekangan masa (anak saya dimasukkan ke wad NICU kerana masalah kuning) dan saya agak kelam kabut dalam pelbagai hal. Namun, pada usianya 3 bulan, saya merasakan pembelian wrap adalah satu pelaburan yang berbaloi serta sangat praktikal kerana ia memudahkan saya untuk menyusukan selain saya yakin bayi saya sangat gemarkannya kerana dia akan selalu dekat dengan dada Umminya. hehe

Namun, menginjak ke usia empat bulan, saya terpikir untuk mencuba soft-structure carrier (SSC) pula. Jadi, bagi memperoleh dana untuk membelikan gadget baru untuk adik, saya cuba mengiklan barangan saya di sebuah kumpulan yang aktif di Facebook (berkaitan dengan babywearing di Malaysia dan mempunyai ahli seramai lebih daripada 27 ribu orang). 


Kurang daripada lima minit iklan saya dipos, saya sudah menerima pertanyaan dari beberapa orang bakal pelanggan tanda berminat. Alhamdulillah ucap hati saya. Walaupun pada mulanya saya kurang yakin bahawa ada orang mahukan produk jualan saya (maklumlah yang otai-otai dalam arena ini ratanya mempunyai gadget yang lebih mahal harganya berbanding saya), Alhamdulillah, rezeki memihak kepada saya. Kurang dari satu jam, 'Boba Printed Wrap' saya berjaya dijual dan pembeli bertuah tersebut terus melakukan bayaran melalui traksasi ATM pada masa itu juga. Saya berjaya close the deal. Alhamdulillah,ini merupakan satu kejayaan besar pada saya yang kadang-kadang agak kurang keyakinan diri dalam bidang perniagaan. 

Dari pengalaman saya sendiri pagi tadi, saya yakin bahawa aktiviti perniagaan akan menjadi lebih mudah sekiranya kita tahu sasaran pelanggan serta mempunyai jaringan pemasaran yang luas. 

Di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR), kita dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online dan wahm. Selain menjadikan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, KELAS ONLINE BLOG ABDR juga ada mengajar peserta untuk menjadikan blog sebagai medium perkongsian, mudah berada di carian Google dan mudah dijejak pembaca.

Jika sebelum ini saya gunakan Facebook sebagai medium pemasaran, saya tidak akan teragak-agak lagi untuk cuba melalukan pengiklanan di blog saya sendiri selepas ini kerana saya yakin saya berada dalam jaringan yang betul. Terima kasih ABDR. 




No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015