Tuesday, 2 June 2015

Pengenalan Diri

Entri 1

Teks: Nurzafirah Mat Zin

Assalamualaikum

Nama diberi Nurzafirah Binti Mat Zin. Dilahirkan pada tahun 1987 di Sungai Petani, Kedah.

Pendidikan rendah saya ialah Sekolah Kebangsaan Khir Johari. Seterusnya, saya melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Untuk pengajian tertinggi di universiti, saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Teknologi) Sistem Maklumat Peniagaan dari Universiti Teknologi PETRONAS manakala saya juga turut menyambung ke peringkat sarjana di Asia-Europe Institue, Universiti Malaya (Sarjana Antarabangsa Pengurusan Maklumat).

Sekarang saya bertugas sebagai seorang Pegawai Penyelidik (Pengurusan Pengetahuan) di sebuah agensi kerajaan di Selangor. Pengalaman kerja saya yang lain adalah seperti berikut: 

  • Pelatih Pengurusan di PETRONAS Fertilizer (Kedah) Sdn Bhd (Latihan Industri) (2007)
  • Basel II Executive di MAYBANK (2009)
  • Pelatih EDU-ICT di SEAMEO Voctech Regional Centre, Brunei Darussalam (2012)

Untuk pengetahuan kalian juga, saya sangat cintakan seni. Saya minat melukis, mewarna dan semuanya berkaitan seni. Selain itu, saya juga minat penyusuan susu ibu dan semua hal berkaitan keibubapaan (parenting). Memasak dan mencuba resepi baru juga merupakan salah satu minat dan hobi saya selain fesyen serta kecantikan. InshaAllah saya juga berkemahiran dalam melukis dan menghasilkan kraftangan seni. Seiring peredaran zaman, saya juga meminati gadget yang boleh membantu serta memudahkan kehidupan seharian (telekomunikasi, penyusuan susu ibu dan juga dalam memasak) dan InshaAllah saya akan kongsikan gadget-gadget yang saya berjaya kumpul dengan titik peluh saya sendiri. 

Saya minat dalam perniagaan namun kadang-kadang saya punya kekangan masa. Saya pernah jual niqab dan abaya (online & dropship) selain membantu kakak saya menjual batik crepe kepada rakan sepejabat. 

Genre buku saya minati ialah majalah keibubapaan, motivasi,  keagamaan dan juga koleksi resepi.

Saya pernah menulis di blog ketika zaman belajar dahulu. Kalian boleh akses blog saya di: http://naimfira.blogspot.com/

Namun, sekarang saya ingin mempunyai matlamat yang jelas dalam penulisan blog. Blog baru saya ini ingin saya jadikan landasan untuk  saya belajar cara menulis entri secara lebih formal dan konsisten dalam penulisan. Selain itu, saya mahu tips untuk belajar menghasikan entri yang dapat menarik perhatian pembaca. Saya juga ingin berkongsi kisah-kisah kehidupan saya seharian (saya menjalani perkahwinan jarak jauh dengan suami sejak kami berkenalan, bertunang (suami di Mesir) sehingga sekarang (suami di Penang). Blog juga merupakan medium untuk saya berkomunikasi dan menceritakan kisah saya seharian (yang formal sahaja) kepada suami saya selain penggunaan telefon, SMS, WhatsApp, Skype, YM, FB dan sebagainya.

Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah ke blog saya yang baharu ini. Salam perkenalan kepada semua. 

No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015