Monday, 29 June 2015

Tongue-tie

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Dr. Kotlow

Apa itu tongue-tie?
Tongue-tie (ankyloglossia,) occurs when the frenulum, or piece of tissue which bridges the gap between the underside of the tongue and the floor of the mouth is abnormally short, stopping the tip of the tongue from protruding beyond the lower gum. It varies in degree, from a mild form in which the tongue is bound only by a thin mucous membrane to a severe form in which the tongue is completely fused to the floor of the mouth. Breastfeeding difficulties may arise as a result of the inability to move the tongue in a normal way and therefore attach and suck effectively, causing sore nipples and poor infant weight gain.

Kami agak lambat dalam mengesan Salahuddin  yang mempunyai masalah tongue-tie. Itupun selepas kami berjumpa seorang konsultan laktasi di SusuIbu.com Bangi yang tujuan asal sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan rundingan nasihat tentang masalah yang saya hadapi ketika menyusu anak kedua kami, Nailah. Ketika umur Nailah lima hari, saya dan suami tekad berjumpa Puan Kamariah di SusuIbu.com untuk mendapatkan khidmat nasihat secara terperinci tentang penyusuan bayi. Kegagalan dalam penyusuan penuh untuk anak sulung menjadikan saya begitu bersemangat dan tekad untuk menyusukan anak kedua saya secara sepenuhnya jika diizinkan Allah dan suami. Alhamdulillah suami saya menyokong penuh hasrat saya dan segala persediaan untuk penyusuan penuh telah kami lakukan sebelum saya mengandung lagi. 

Namun, pembacaan teori (buku dan Internet) sahaja tidak cukup bagi saya. Saya perlukan pengetahuan praktikal juga. Oleh sebab itu, pelaburan saya dan suami dalam berjumpa konsultan laktasi adalah tidak sia-sia dan saya rasakan sangat berbaloi. Puan Kamariah mendengar setiap permasalahan saya, menunjuk demonstrasi pelekapan bayi pada aerola dengan cara yang betul dan turut juga melakukan pemeriksaan ringkas terhadap keadaan mulut Nailah ketika dia menyusu. Rupa-rupanya, kesukaran Nailah untuk melekap dengan betul serta berat badan berkurangan (walaupun dia mengempeng hampir setiap masa di awal kelahiran) adalah disebabkan Nailah mempunyai masalah tongue-tie. Masalah ini boleh menggangu proses penyusuan bayi dan boleh menyebabkan luka pada puting ibu (jika tidak dirawat dalam jangka masa yang panjang) jika tidak dirawat segera.


Setelah diperiksa, Nailah disahkan mengalami tongue-tie type II dan Puan Kamariah terus membuat surat rujukan untuk Nailah menjalani prosedur tongue-tie release di sebuah klinik pakar kanak-kanak di Klang. Dan Alhamdulillah, Nailah telah selamat menjalani prosedur ini ketika umurnya sebulan. Tanpa bius, prosedur yang tidak sampai dua saat ini tidak mengeluarkan setitis darah pun mungkin juga disebabkan tisu tali di bawah lidah itu masih lembut. Alhamdulillah sekarang Nailah lebih selesa dalam penyusuan kerana dia boleh melekap penuh pada aerola dan dengan izin Allah, saya berjaya melakukan penyusuan penuh kepadanya sehingga sekarang. 

Berbalik kepada kisah Salahuddin, kami terus teringatkan bentuk lidah Salahuddin ketika dia buka mulut atau menunjukkan lidahnya. Jika kami suruh dia keluarkan lidah, memang akan nampak seakan bentuk v dihujungnya. Sah, Salahuddin juga mengalami masalah yang sama. Dalam kes Salahuddin, dia mungkin mengalami Type 1-Total Tip Involvement. Talinya sangat hujung di bawah lidah. Allahuakbar. Patutlah selepas dilahirkan Salahuddin mengalami kesukaran dalam penyusuan badan. Dia sukar melekap dan meronta menangis-menangis ketika menyusu badan. Saya fikir susu badan saya yang tidak dapat memenuhi kehendaknya, rupanya telahan saya silap. Kami terus merujuk Salahuddin ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Alhamdulillah ujian pendengaran yang dilakukan menunjukkan Salahuddin tidak mempunyai masalah pendengaran, cuma kosa katanya sangat terhad dan pertuturannya masih belum boleh lancar kerana dia tak boleh gerakkan lidahkan secara maksima. Nak sebut sesetengah huruf pun Salahuddin masih tidak boleh sekarang. Anda boleh bayangkan keadaaannya dengan masukkan lidah, jangan keluarkan lidah, jangan gerakkan lidah dan cuba bercakap. Boleh? Sukar dan mungkin juga tak boleh. Begitu juga dengan keadaan Salahuddin sekarang. Pergerakan lidahnya sangat-sangat terhad dan ketat. Allahuakbar.

Maafkan Ummi Baba ye Salahuddin. Ummi Baba tak tahu tentang masalah ini sejak dari dulu. Bila kenang-kenang balik, nak menitis air mata pun ada. Kalaulah kami berjaya kesan masalah ini dari dulu, mungkin Salahuddin berjaya menyusu penuh susu badan selama dua tahun (saya telah campur susu formula sejak awal kelahirannya lagi sebab risau susu tak cukup dan mungkin juga ilmu penyusuan yang cetek). Mungkin juga Salahuddin dah boleh bercakap lancar sekarang. Tapi tak mengapa, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmatnya. Alhamdulillah, Allah dah tunjuk jalan kepada kami, walau lambat dikesan (ketika umur Salahuddin dua tahun), sekurang-kurangnya Ummi dapat menyusu penuh adik Salahuddin kali ini. Ummi Baba tak mahu salahkan takdir. Perjalanan ini Allah yang aturkan dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariNya. Cuma sekarang usaha kami adalah untuk Salahuddin adalah untuk mencari altenatif dan berusaha membantu Salahuddin agar boleh cepat bercakap dan juga lancar (masalah tongue-tie juga boleh mengganggu pertuturan seseorang dan mengakibatkan delayed speech). 

Dan esok, Salahuddin pula akan menjalani prosedur tongue-tie release di  PPUKM  jika tiada aral melintang dan Allah izin. Walaupun ini merupakan prosedur yang mudah (minor), namun bagi kami sebagai ibu bapa yang tidak pernah berhadapan dengan pembedahan anak,  ia tetap satu prosedur yang penting bagi kami.  Faktor usia yang dah besar, menyebabkan pesakit perlu dibius untuk mengelakkan dia meronta-ronta ketika prosedur dijalankan. InshaAllah Salahuddin akan masuk wad jagaan harian (pagi esok) dan akan keluar pada hari yang sama (mungkin petang) setelah prosedur dijalankan.

Untuk mengetahui bagaimana prosedur itu dijalankan boleh rujuk di sini:

Seriau kan tengok? Huhu. Tapi ingat, InshaAllah prosedur ini hanya mengambil masa yang tidak lama untuk potong sedikit tali yang dibawah lidah dan bukannya potong lidah. 

Mohon doa kalian agar pembedahan tongue-tie release pada Salahuddin dipermudahkan serta selamat dilakukan esok hari. Doakan juga Salahuddin boleh cepat bercakap seperti insan lain walaupun awal-awal ini terpaksa menghadiri speech theraphy (terapi pertuturan) di hospital.

2 comments:

  1. Salam puan klinik pakar knk2 kt klang tu nama apa ye.n brape kos pembdhn tu

    ReplyDelete
  2. Dr. Koe Swee Lee. paediatrician and certified lactation consultant.

    Koe Child Clinic
    73, Jalan Mega Mendung,
    Kompleks Bandar,
    5th Mile Jalan Klang Lama
    Phone : 03-7983 0539

    Call dulu ye buat appointment sebab ramai. Tapi dia hanya terima baby shj. Saya buat dulu masa anak sy umur sebulan. 2015 kos dia RM50. tak pasti sekarang berapa.

    Kalau dah besar kena rujuk hospital. saya buat untuk anak pertama di PPUKM..kos tak pasti sebab guna GL.

    Harap info ini membantu

    :)

    ReplyDelete

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015