Wednesday, 29 July 2015

Baitii Jannatii

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin

Rumah tangga dalam Islam adalah `tempat berteduh’, tempat terwujudnya suasana sakinah (tenteram) yang disempurnakan dalam mawaddah (cinta) dan rahmah (kasih-sayang). 

Sebagaimana yang disabdakan Rasululah Shalallaahu ‘Alaihi Wasallam (صلى الله عليه و سلم)`baitii jannatii’, rumahku adalah surgaku.


Alhamdulillah, dipermudahkan Allah segala urusannya. Cita-cita saya untuk memiliki rumah sendiri untuk keselesaan diri sendiri, suami, anak-anak, ibu bapa dan juga tetamu yang bakal berkunjung akhirnya Allah perkenankan. Semoga suami dapat pindah dan tinggal bersama kami di sini. 

Mak ayah, terima kasih kerana bersusah payah membesarkan saya selama ini. Zauj, terima kasih kerana menerima diri zaujahmu ini seadanya. Anak-anak Ummi, terima kasih kerana setia di sisi menemani Ummi tanpa Baba. Kalian adalah harta yang tak ternilai untuk Ummi. Ini juga adalah hadiah tidak seberapa untuk semua yang saya sayang. Allah sahaja yang dapat balas jasa kalian. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” .

Kami suami isteri perlu kerja keras lagi demi kelangsungan hidup yang diredhai Allah, InshaAllah :)
Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015