Wednesday, 12 August 2015

Syukur selalu

Teks: Nurzafirah Mat Zin

Bila kadang-kadang bersendirian dan melihat orang lain yang serba lengkap di hadapan, minda saya mula memikirkan benda jauh dari jangkauan. Memikirkan apa bezanya diri ini hingga tak sama macam orang/pasangan lain. Saya tahu ini mainan perasaan, tapi disebabkan serabut atau terlalu memikirkan sesuatu perkara, persoalan ini sering hadir.

Ambil contoh mudah yang benar-benar berlaku pagi kelmarin:

Dalam perjalanan ke tempat kerja, terlihat kelibat sepasang (saya rasa suami isteri lah eh) penunggang motosikal di hadapan kereta saya. Kelihatan si isteri membonceng di belakang memeluk erat sang suaminya yang tengah semangat bawa motor tu. Kelihatan juga mereka berdua memakai pakaian formal macam nak pergi tempat kerja.

Sekali...


Perasaan itu mula datang dan meresap.

Nikmatnya mereka. Aku? Kiri dan belakang kosong. Hanya tali pinggang yang memeluk erat tubuhku. Allah, bila aku dapat nikmat macam mereka?

Bukan saya sengaja menidakkan semua nikmat yang Allah telah kurniakan kepada saya. Saya manusia biasa. dan lemah.  Sambil bawa kereta, saya pujuk hati saya sambil berdoa,"Ya Allah, jadikan aku kuat"


Sesampainya di pejabat, saya pun Google kata-kata semangat pagi ini:

Be thankful for what you have; you'll end up having more.
If you concentrate on what you don't have, you'll never, ever have enough.

No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015