Sunday, 6 September 2015

Misi mencari playgroup untuk Salahuddin

Teks: Nurzafirah Mat Zin

2 tahun dan 9 bulan.

Disebabkan Salahuddin Al Ayubi lahir pada bulan 12, saya lebih gemar mengira umur Salahuddin secara terperinci berbanding terus menjawab umurnya 3 tahun. Terasa akan nikmat pulak rasa anak lahir bulan Disember, senantiasa muda gitu. Hehehe

Disebabkan Salahuddin dah hampir tiga tahun dan masih lagi terhad dalam kosa katanya, saya dan suami bersepakat untuk menghantar Salahuddin ke playgroup hujung tahun ini. Ye ada pro dan kontra menghantar anak ke sekolah/tadika di awal usia (takut mereka bosan ke apa), tapi jika kita tengok pengisiannya mungkin tidak. Salahuddin suka berkawan dan mungkin dengan pergaulan dia boleh cepat melatih kosa katanya.  

Kami dalam proses memilih playgroup yang terbaik untuk Salahuddin. Hal ini demikian kerana kami telah setkan beberapa kriteria sebelum kami betul-betul membuat keputusan. 

  • Tidak terlalu academic-oriented.
  • Fun learning
  • Pergaulan yang baik
  • Tidak terlalu padat pelajar
  • Boleh tolerate akan hal diapers (Salahuddin masih pakai diaper)


Kami tidak mahu Salahuddin cepat bosan, kejutan budaya dan mahu gurunya paham akan speech delay yang dialami Salahuddin. Semoga Allah permudahkan pencarian dan usaha kami diredhai Allah.
Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015