Thursday, 22 October 2015

Saya seorang Pembimbing Ibu Menyusu (Peer Counselor)

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

BREASTFEEDING VS. LIVING COST

Sekarang ni agak viral tentang belanjawan bagi orang yang bergaji RM4500.

Saya setuju kerajaan perlu buat sesuatu untuk bantu golongan ni. Tapi kita pun kena la buat sesuatu. Apa yg kita boleh buat? Mungkin kita boleh kurangkan rungutan & cuba lakukan sedikit perubahan. Banyak caranya tapi kuncinya ialah ILMU.

Menyusu bukan sekadar menyelak baju. 

Untuk yang ada/bakal timang cahaya mata, ada 1 cara nak berjimat. Apa kata cuba jayakan penyusuan susu ibu? Anak dapat susu terbaik & boleh jimat kos! 

^Breastfeeding is Sunnah^
Saya suka nak bantu ibu-ibu yang ada masalah dalam penyusuan dan berminat nak fully utilize susu yang Allah dah janjikan untuk setiap anak.  

PM je saya, saya akan & nak bantu TANPA kos. I'll be your good listener InshAllah.

“Apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang bermanfaat serta doa anak – anak yang soleh”

p/s: Kalau suami yang baca, mohon berkongsi dengan isteri masing-masing.

Saya BUKAN jual produk nak tambah susu, saya Pembimbing Ibu Menyusu (Peer Counselor).

Terima kasih.

#pembimbingibumenyusu
#BSIpeercounselor
#sharingiscaring

Wednesday, 21 October 2015

Kelas Menjahit Secara Online PERCUMA




Kepada yang berminat, baru nak mencuba-cuba belajar menjahit serta tercari-cari kelas belajar menjahit PERCUMA, nah saya kongsikan peluang menarik kepada anda. Tapi kelas ini secara online ya, melalui aplikasi WhatApps. Wahhh, canggih dah kan zaman sekarang, macam-macam kelas boleh dibuat di atas talian. Tiada alasan lagilah untuk malas belajar, ye kan? :)

Boleh daftar di SINI ya. 

Saya dah daftar, jom sama-sama rebut peluang ini. Jumpa di WhatApps Sabtu ini. Hehe :)


Tuesday, 20 October 2015

Childhood Apraxia of Speech (CAS)

Teks: Nurzafirah Mat Zin

Kelmarin adalah sesi kedua speech therapy Salahuddin di Hospital Serdang.
Macam-aktiviti dibuatnya. Alhamdulillah, Salahuddin fokus dan boleh respond dengan baik walaupun masih terhad perkataan yang boleh disebutnya setakat ini.
Ma Ma
Dik (adik)
dan terbaru... Ba Ba.

Alhamdulillah, Good Job Sayang (pelan-pelan kayuh pun tak pa, janji Sayang Ummi ni usaha. Ummi akan setia. ewahh macam pantun 3 kerat pulak)

Lepas dah main macam-macam, theraphist tu bagi 1 pamplet. Dia kata, berdasarkan aktiviti yang tadi dan perjelasan puan, saya rasa anak puan ni macam boleh dikategorikan sebagai Childhood Apraxia of Speech (CAS).

Apa tu CAS? Selama ni saya just tahu semua orang lambat bercakap ialah speech delay sahaja.

Kalau bukan medical background ibaratnya macam ni:
Enjin dan tayar. Enjin bergerak, tayar bergerak. Tapi dua-dua itu tak tally.


Dalam CAS pertuturan ni: 
Salahuddin tahu nak sebut, tapi kadang-kadang dia sukar nak interpret perkataan itu menggunakan lidah. Susah nak sebut. (mungkin disebabkan masalah tongue-tie yang pernah dihadapinya sebelum ini. Dia kadang-kadang tak alert fungsi lidahnya). Perkembangan anak-anak CAS ni normal..cuba pertuturannya lambat sedikit. Tapi InshaAllah, usaha boleh dibuat untuk baiki percakapan. InshaAllah saya yakin Allah pasti bagi cukup masa jika kita usaha sungguh-sungguh.


Nak tahu CAS boleh google, ada banyak info (majoriti negara-negara luar mereka buat research pasal ni). Tapi takpe..nanti saya akan kongsikan juga hasil kajian dan aktiviti-aktiviti bersesuaian di blog saya ini, InshaAllah.

Saya tak mahu bandingkan anak saya dengan anak (bakal anak) saya yang lain dan juga anak-anak orang lain.

Kunci utama: JANGAN BANDINGKAN.

Setiap anak Allah jadikan cukup istimewa.

Tugas saya sekarang, berusaha dan berusaha lagi untuk menyediakan yang terbaik untuk anugerah yang Allah amanahkan untuk saya ini.

"I will always remind myself that I am hopeful, I’m a fighter – I will find a way, InshaAllah"

Permudahkan Ya Allah..Kau Maha Tahu segala sesuatu..

Nota kecil: Ujian juga tanda Allah sayang akan umat pilihanNya.
Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015