Tuesday, 20 October 2015

Childhood Apraxia of Speech (CAS)

Teks: Nurzafirah Mat Zin

Kelmarin adalah sesi kedua speech therapy Salahuddin di Hospital Serdang.
Macam-aktiviti dibuatnya. Alhamdulillah, Salahuddin fokus dan boleh respond dengan baik walaupun masih terhad perkataan yang boleh disebutnya setakat ini.
Ma Ma
Dik (adik)
dan terbaru... Ba Ba.

Alhamdulillah, Good Job Sayang (pelan-pelan kayuh pun tak pa, janji Sayang Ummi ni usaha. Ummi akan setia. ewahh macam pantun 3 kerat pulak)

Lepas dah main macam-macam, theraphist tu bagi 1 pamplet. Dia kata, berdasarkan aktiviti yang tadi dan perjelasan puan, saya rasa anak puan ni macam boleh dikategorikan sebagai Childhood Apraxia of Speech (CAS).

Apa tu CAS? Selama ni saya just tahu semua orang lambat bercakap ialah speech delay sahaja.

Kalau bukan medical background ibaratnya macam ni:
Enjin dan tayar. Enjin bergerak, tayar bergerak. Tapi dua-dua itu tak tally.


Dalam CAS pertuturan ni: 
Salahuddin tahu nak sebut, tapi kadang-kadang dia sukar nak interpret perkataan itu menggunakan lidah. Susah nak sebut. (mungkin disebabkan masalah tongue-tie yang pernah dihadapinya sebelum ini. Dia kadang-kadang tak alert fungsi lidahnya). Perkembangan anak-anak CAS ni normal..cuba pertuturannya lambat sedikit. Tapi InshaAllah, usaha boleh dibuat untuk baiki percakapan. InshaAllah saya yakin Allah pasti bagi cukup masa jika kita usaha sungguh-sungguh.


Nak tahu CAS boleh google, ada banyak info (majoriti negara-negara luar mereka buat research pasal ni). Tapi takpe..nanti saya akan kongsikan juga hasil kajian dan aktiviti-aktiviti bersesuaian di blog saya ini, InshaAllah.

Saya tak mahu bandingkan anak saya dengan anak (bakal anak) saya yang lain dan juga anak-anak orang lain.

Kunci utama: JANGAN BANDINGKAN.

Setiap anak Allah jadikan cukup istimewa.

Tugas saya sekarang, berusaha dan berusaha lagi untuk menyediakan yang terbaik untuk anugerah yang Allah amanahkan untuk saya ini.

"I will always remind myself that I am hopeful, I’m a fighter – I will find a way, InshaAllah"

Permudahkan Ya Allah..Kau Maha Tahu segala sesuatu..

Nota kecil: Ujian juga tanda Allah sayang akan umat pilihanNya.

No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015