Tuesday, 5 January 2016

Petua tak nak angin ketika makan makanan yang berangin

Teks: Nurzafirah Mat Zin
Foto: Nurzafirah Mat Zin

Ewah, tajuk tak leh menahan. Hehe. Sebenarnya ada orang bertanyakan kepada saya tak angin ke makan labu? Yup, saya menyusukan bayi saya dan labu juga termasuk dalam makanan yang ibu-ibu menyusu takut sangat nak makan ketika masih menyusu. Petua saya mudah: Cuba dulu. Buat permulaan, jangan lah dalam bahagian besar, cuba dalam kuantiti sedikit dahulu. Kalau kita tak cuba makan, kita tak tahu angin ke tidak. Setiap manusia badan dia tak sama. Ada boleh terima dan ada yang tak boleh terima. Tapi selagi anda takut dan tak cuba, anda tak akan tahu. Petua kedua ialah masukkan halia yang diketuk ke dalam rebusan/masakan labu tu. Haaa... ini juga petua yang saya buat dan ikut sampai sekarang. Halia dah terbukti berjaya keluarkan angin. So, kalau kita masak makanan berangin (keledek ke apa-apa jela yang anda rasa berangin), cuba ketuk dulu sedikit halia yang dipotong (agak-agak 2cm) dan masukkan dalam masakan kita tu.

Selain itu, bagi saya tiada specific food yang boleh saya kategorikan sebagai milk booster ataupun milk killer. Ingat ye ibu-ibu, milk booster kepada seseorang mungkin bukan milk booster bagi kita. Begitu juga sebaliknya. Kita permudahkan, makan makanan berkhasiat dan pelbagaikan, niatkan apa yang kita makan untuk tenaga dan untuk untuk hasilkan susu yang cukup untuk anak kita. InshaAllah Allah akan permudahkan. Tak nak stress-stress dan jadi happy dan positif selalu ye? Jika ada masalah dan perlukan kawan, carilah. Bersembanglah. Kalau nak cerita dengan saya pun okay je, saya suka saya suka. Hehehe :)

Semua saya berkongsi adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Walaupun tak seberapa, ia sangat berharga. Saya laluinya dengan praktikal, bukan sekadar teori. Percayalah, ini ialah apa yang saya buat sepanjang saya menyusu penuh anak saya yang sekarang berusia hampir setahun. Alhamdulillah stok susu cukup untuk anak saya dan Alhamdulillah saya juga punya anak susuan perempuan berusia 7 bulan. Nanti saya cerita lagi ye pasal susu ibu, saya suka sangat topik ni :)

Half way to go through, semoga Allah permudahkan. 

Bekal saya hari ini (6 Jan 2016)

Jangan cepat berputus asa ye ibu-ibu. Penyusuan badan bukan satu kerja yang enteng dan bukan merumit. Ia sedang-sedang aje. Chayok-chayok....kita sama-sama enjayakan penyusuan susu ibu ye?


Breastfeeding is Sunnah. Semoga Allah permudahkan InshaAllah. 

No comments:

Post a Comment

Copyright to NUR ZAFIRAH
Designed by UMIESUEstudio 2015